Assalamualaikum wbt…
Sedar tak sedar dah nak habis tahun 2011
dan kita akan masuk pulak ke tahun 2012. Sekejap betul masa berlalu
meninggalkan kita. Peh, ayat cliché gila..haha..lantak la. Aku nak guna jugak
walaupun dah basi. Cuti sekolah pun
tinggal berapa hari jer lagi. Budak-budak pun dah tak sabar nak masuk sekolah,
dah lama tak jumpa mata air kan. Rindu la tu kononnya. Eleh,macam la aku tak
tau..Aku pun pernah melalui fasa tu la. Cuma bezanya aku tak sabar jumpa cikgu
aku..hehe..Nasihat aku, belajar dulu ye dik.Cintan cintun ni tolak tepi dulu. Tak
ke mananya cinta monyet korang tu.
![]() |
Lamanya tak jumpa sayang..Baby rindu tau |
Bila cuti sekolah nak habis bermakna musim
mengawan pun dah sampai ke hujung. Ala, musim orang kahwin la. Saja aku guna
bahasa lain sikit. Hehe.. Yelah kan, musim cuti sekolah jela ramai orang buat kenduri
kahwin. Senang sikit nak cari tenaga kerja murahan. *suruh budak-budak buat kerja amal*
Ok lah..Kalau cakap pasal tahun baru jer, orang
mesti akan cakap pasal azam. Tak bosan ke asyik cakap pasal azam jer tiap tahun?
Asyik tanam azam jer di tahun baru tapi azam tu ditanam terus la. Takde hasil
dari keazaman tu. Azam nak buat tu, nak buat ni tapi ntah ke mana la azam-azam
tu. Tak menjadi sangat pun.. Tapi kalau azam untuk berubah jadi lebih baik, itu
bagus. Jangan berazam benda bukan-bukan macam sudah la.
![]() |
Berubah ke arah lebih baik |
Kalau bagi aku, sebenarnya aku tak suka
berazam ni. Sebab dah tau takkan tercapai punya. I’m just a simple minded
beings. Tak nak serabutkan kepala on the petty stuffs..
Dan malam ni jugak, akan berduyun-duyun la
manusia berkumpul beramai-ramai sambil mengira detik pukul 12. Lepas tu
bersorak ramai-ramai dah macam apa dah. Aku takde masalah pun dengan korang nak
berkumpul ramai-ramai. Pergi la, takde orang marah. Aku pun pernah keluar masa
malam tahun baru tapi sekadar nak tengok gelagat manusia jer la. Best kot
tengok orang ni..hehe..
![]() |
Gambar hiasan |
Tapi yang jadi masalahnya ialah bila bulan
9 tahun depan, akan penuh la hospital dengan perempuan nak bersalin. Surat
khabar pun penuh dengan berita pasal buang anak jer. Kalau korang tak percaya,
tengok la nanti bulan 9/2012 nanti. Penuh keyakinan aku kata ni.. Jangan ingat
pakwe korang tu baik sangat. Di sebalik muka jambu, macho, hensem pakwe korang
tu, tersembunyi seekor setan. Sebab apa aku kata camtu? Sebab kalau dia baik,
takdenya dia nak ajak korang keluar lewat malam pergi tempat camtu. Tapi kalau
korang nak pergi jugak, pergi la. Takde kena mengena dengan aku pun..heh
![]() |
Muka depan akhbar 9 bulan lagi |
Aku pun malas nak nasihat lebih-lebih sebab
dah ramai pun orang bagi nasihat. Nasihat yang sama jugak pun. Jangan balik lewat, jangan duk tempat sunyi,
jangan itu, jangan ini..Agaknya orang pun dah naik muak dengar benda yang sama.
Korang ada otak, ada akal, so lu pikirlah sendiri.
Akhir kata dari aku, jom kita ke Countdown
2012..Dekat jer ni dengan Dataran Merdeka tu. Artis pun ramai datang. Free
pulak tu..
p/s: ni entry aku paling pendek kot setakat
ni..