Saturday, 25 February 2012

Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah


Assalamualaikum wbt….


Lama rasanya aku tak terbitkan entry. Lama ke?hehe.. Maklum la, sibuk sikit kebelakangan ni. Projek banyak masuk..heh heh heh..Hari tu aku ada terbitkan satu entry tapi terpaksa pulak ditarik balik lepas adanya hal yang berbangkit. So pada sape-sape yang sempat baca tu, tahniah la aku ucapkan . Yang tak sempat, padan muka korang sebab lambat sangat ambik tau.haha..Aku tak kisah pun sebenarnya entry kena tarik balik. Kata orang, dari menimbulkan masalah pulak di kemudian hari, baik aku ambik tindakan bijak.. Kepada yang berkenaan, belajar lah untuk jadi lebih matang.



Huh,apa aku merepek ni? Apa aku nak cerita malam ni? Aku pun tak tau..haha..Takde la, entry aku malam ni pasal “Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah” sempena segmen yang di anjurkan oleh blogger ini. Si owner blog, Nia pulak merayu-rayu mintak aku join(asal dia tak join sendiri je kan?masalah betol la minah ni)..Kesian punya pasal, aku cerita la sikit kejahatan aku masa kecik. Sikit jer la. Nanti kalau aku cerita banyak, korang pulak takut dengan aku..Ceritanya bermula begini………..


Aku baru darjah 2 masa tu kalau tak silap. Darjah 2 tu umur 8 tahun la kan? Yes.. 8 tahun.  Dalam kelas aku dulu, aku duk sebelah budak laki ni. Robi nama dia..Nama penuh dia ni aku dah lupa.Belakang aku ada 2 orang budak perempuan nama Alya dan Wani (hebat betol ingatan aku ingat nama sorang-sorang..hehe). Alya tu badan besar ala-ala adik Giant gitu(or aku yang kecik kot masa tu..sekarang aku dah besar.haha..)Yang paling comel dalam kelas aku ni Wani la. Bagi aku la kan.. Aku dengan Robi selalu kacau dorang ni especially Wani ni. Gigi arnab dia tu comel betul..haha..


Oppp!! Bukan kisah cinta aku dan Wani aku nak cerita ni..Kisah Wani tu private beb,tak boleh cerita lebih-lebih..Cerita dia baru nak start ni.hehe..


Ok,dalam kelas aku jugak ada 2 orang budak Cina. Perempuan. Dua-dua sangat la berlagak tak hengat. Sorang ketua kelas, sorang lagi penolong ketua. Aku dengan Robi ni memang dah lama hangin dengan budak dua orang ni. Bila cikgu takde, mula la dorang ni tunjuk kuasa. Satu hari tu, cikgu takde so aku dengan Robi ni main-main sambil buat bising. Then, datang budak 2 ekor ni, dengan bulu ayam yang besi tu, di libasnya aku dengan Robi ni. Sakit siot..libas tang besi tu. Tak guna betol..Nak dijadikan cerita, budak dua ekor ni keluar pergi tandas nak kencing. Maka bermula la plan jahat aku dan Robi..Tak puas hati punya pasal, kitorang follow budak 2 ekor ni pergi tandas tapi takde la masuk sekali. Gila ko nak masuk sekali watpe..Kang kena libas lagi sekali seronok jugak kan.haha..

contoh bulu ayam besi (sumber)

Then, dan-dan tu jugak mata kitorang ternampak lubang kat luar tandas tu..hehehe….


Robi: Weh, tu ada lubang tu. Skodeng dorang jom?
Aku: Eh,tak nak r aku..Nanti kena tangkap saja jer.. (aku budak baik beb)
Robi: Alah,takde apa la..Dorang libas kita tadi.Kita kenakan la dorang balik..
Aku: Hurm..Yelah…(rela dalam terpaksa ni)


Aku dan Robi pun try la tengok ikut lubang tu. “Hurm,gelap jer ni..Mana dorang ni?”,aku tanya Robi. “Ko diam la..”,pendek jer mamat tu jawab. Tiba-tiba, aku nampak la 2 susuk tubuh manusia dalam tandas tu. Baru nak masuk dalam tandas..hehe..”Oo,ada pun korang yer..”,aku kata dalam hati. Ada gak dalam 5 minit camtu aku duk mengendap ikut lubang tu. hehe..


Tiba-tiba…..


“HOI!!! Korang buat apa tu?Korang skodeng ye? Aku report cikgu!!”


Ah,sudah..Ada pengawas nampak la pulak. Masak aku kali ni.. Tapi Robi rilek jer aku tengok..Aku pun rilek jugak la.Aku tak kenal pun pengawas tu, so kalau ikut logiknya takkan la dia kenal kitorang kan. Tapi ternyata kitorang silap.. Dia kenal nama aku dan Robi. Aku dah pasrah je masa tu..Apa nak jadi,jadi la. Dia ambik nama penuh siap dengan bin lagi, then dia suruh kitorang blah masuk kelas.


Seperti dijangka, masa rehat kitorang kena panggil dengan cikgu dan kena libas pulak dengan pembaris kuning..Sedap gak kena libas 2 kali dalam sehari..Nasib baik cikgu tu tak repot kat ma dan abah aku. Kalau tak, lagi bertambah sedapnya.hehe..Robi lagi cool. Takde tanda-tanda penyesalan di muka dia. Wa salute sama lu bro..Hati lu memang kering. Haha..Hujung darjah 2 aku kena pindah sekolah ikut family. Sampai sekarang aku dah tak tau apa nasib si Robi ni. Tak lupa jugak pada si Wani..hehe..

Sedap kot kena benda ni sedas dua (sumber)

Kepada Robi, kalau ko baca cerita aku ni, cari aku balik eh? Kita skodeng lagi kat tempat lain pulak..haha.. Satu lagi, ko janji dengan aku nak tunjuk baju Batman ko kan? Sampai aku pindah sekolah pun ko tak tunjuk. Aku tuntut janji mu nanti..


Sekian saja la kisah aku di sekolah rendah. Tu baru satu dari banyak kisah aku. Lain kali aku cerita lagi kalau rajin..hehe..


Wokeh,ciossu!


p/s: korang tak payah la tanya apa aku nampak masa mengendap tu..memang sengaja aku biarkan korang berimaginasi sendiri..heh heh heh

Thursday, 9 February 2012

Nak tengok hantu?


Assalamualaikum wbt….


Rasanya dah lama gila aku tak kuarkan entri malam Jumaat kan? Kalau kira hari ni, dah cukup la 3 minggu kot aku tak buat. Bukan tak nak tapi aku sibuk sikit. Takkan la aku habiskan hidup depan computer jer kan? Sungguh bosan la hidup mereka yang hidup hanya depan computer jer. Kalau kat negara luar, golongan yang suke melangut depan computer ni dipanggil “GEEK”. Ya, ingat tu..Golongan takde life yang hanya duk depan computer melayan diri sendiri. Anda terasa? Maknanya anda la golongan “GEEK” itu..heh



So pebenda aku nak cite ari ni sebenarnya? Sebenarnya aku pun takde idea sangat pun. Saja jer nak wat isi masa lapang. Untuk slot malam Jumaat ni, macam biasa la. Aku suka cerita benda-benda yang mistik ni. Aku tau korang pun suka tapi dalam masa yang sama,korang pun takut kan? Ala, aku berani kata la entry aku yang lepas-lepas pun ramai baca waktu siang. Betul tak? Tapi takpe, korang baca siang pun, bila sampai malam korang akan teringat balik punya. Masa tu la korang patut rasa takut..Wahaha..



Okeh,kita terus ke tajuk utama dia…


Dalam entry aku yang lama-lama, aku ada sebut pasal nak tengok hantu kan? Ingat tak? Kalau tak ingat, sila la selongkar balik entry lama tu.. Aku malas nak wat link apa sume tu. Aku terus taip jer ni then publish..Okeh, sekarang ada sapa-sapa tau camne nak melihat hantu? Hari tu aku bagitau nak communicate jer, tapi kali ni aku nak bagi tengok pulak..hehe..kalau berani sila la cuba ye. Risiko tanggung sendiri.


Cara dia senang jer..Korang ikut jer step aku bagi ni. Ha, cepat la ambik pen dengan kertas tu. Salin apa aku nak bagitau ni..

1)      Korang ambik wuduk dulu
2)      Korang ambik Al-Quran
3)      Korang cari Surah Al-Jinn
4)      Korang baca sampai habis dengan tajwid yang betul dan niat dalam hati nak tengok.
5)      Ulang sampai korang rasa kehadiran ‘sesuatu’ then tengok la sampai korang puas hati.


Amacam? Ada bran tak nak try? hehe..senang jer cara dia. Saje je aku buat step camni, nak biar nampak panjang sikit. Cara ni aku belajar masa duk asrama dulu. Sapa-sapa yang pernah try or akan try sila la bagi feedback balik ye? Salah sorang member kepada member aku pernah try.. Dia just baca setakat 3 kali jer and dia stop. Sebabnya? Dia dah kecut sebab dia rasa ada lintasan angin kat belakang dia. Tapi aku tau, korang mesti lagi berani dari member kepada member aku ni punya. Malam ni la paling mujarab nak buat ni.. Dah boleh la nak pergi ambik air sembahyang tu..hehe..


Aku rasa tu jela kot aku nak cerita minggu ni. Aku ada kerja lain pulak nak buat.. Aku blah dulu la ye. Jangan lupa try benda ni tau? Penat aku ajar kalau korang tak cuba. Aku tinggalkan korang dengan gambar ni untuk menambahkan feel ok?hehe..



Wokeh, ciossu!


p/s: banyak lagi cara nak tengok mereka ni..tapi kalau korang tak try,aku malas la nak bagitau.hehe..

Sunday, 5 February 2012

Best ke pakai heels?


Assalamualaikum wbt….


Dah lama betul rasanya blog ni tak berupdate dengan entri bertulis. 2 minggu berturut-turut hanya wordless Wednesday jer yang diupdate. Owner blog ni pun dah menghilang entah ke mana. Tapi aku rasa takde masalah kot coz blog ni takde la ramai follower yang mendambakan update-update terbaru dari owner dia kan? Atas dasar belas kasihan, aku pun try la update blog ni skit-skit.. Hujung minggu gini, takde buat apa, banyak masa free katakan. Tapi aku nak update apa pun aku tak tau sebenarnya…


Ok lah, semalam aku jalan-jalan dengan ‘member’, nampak agak ramai jugak la girls yang pakai heels. Then aku terfikir, tak sakit ke pakai menatang alah tu?


“Ko laki, mana la paham apa pompuan rasa weh..”


Well, betul la aku sorang lelaki so secara logik akalnya aku tak faham kan?(*yes, I’m a guy btw. Ramai yang tak perasan aku mengupdate 2,3 entry sebelum ni..haha*) Tapi walaupun dari pandangan sorang lelaki macam aku ni, aku tau mende tu menyakitkan kaki anda. Secara analoginya, aku tak perlu terjun dari tingkat 3 hanya sebab nak tau jatuh dari tingkat 3 tu sangat menyakitkan. I just know ok?  Sometimes we don’t need to feel it so that we can understand it. So, aku tak faham la kenapa masih nak pakai walaupun sakit. Adakah korang ni kaum yang sukakan kesakitan? Kalau yer, boleh la join Thaipusam tak lama lagi, kasi cucuk sana sini sikit..heh heh

Erk..sakit


Macam si owner blog ni pernah bagitau dulu, dia pakai heels sebab nak lebih tinggi dari orang lain? Penting ke jadi tinggi? Kalau setakat nak jadi tinggi jer,pakai terompah pun tinggi jugak apa..haha.. Tapi tahukah korang yang menggunakan heels ni membawa mudarat kepada kaki anda? Perh, ayat macam sial jer..haha.. So atas alasan apa aku kata membawa mudarat? Meh sini aku nak explain..


Korang tengok gambar ni dulu..



Dah tengok? Dah faham?


Aku tau korang tak paham.. Sebab tu aku nak explain ni. Aku explain bahasa senang jela. Sebab aku pun tak paham bahasa susah ni. Dalam gambar kat atas ni, korang boleh tengok bagaimana tulang si pemakai ni membengkok.. Korang belajar fizik kan? Yang tak ambik fizik tu, buat-buat tau jela. Luas permukaan kecik jer untuk yang pakai kasut jenis camni. Berat badan korang sepatutnya disebar sama rata ke tapak kaki tapi tu semua pergi kat jari kaki depan. Bayangkan jari kaki yang kecik tu nak tampung berat badan korang yang sememangnya berat tu. Kesian mereka kan?


Abis tu apa jadi kalau pakai gak? Err, mana la aku tau..bukan aku pernah pakai pun. Korang yang pakai la patut tau..Tapi sebab aku rajin buat kajian, aku bagitau la jugak kesan dia macam kat bawah ni..

  1. Sakit tulang belakang
  2. Sakit kepala
  3. Sakit tumit
  4.  Sakit leher
  5. Kecacatan kaki

Contoh kaki yang cacat


Cukup la tu kot. Banyak lagi sebenarnya tapi aku dah malas. Nampak tak macam-macam sakit tu? So apa kata korang? Kalau apa yang korang pakai tu worth the pain, keep doing that and  give it time, the effect will take place.. Masa tu, tanggung sendiri la akibatnya.heh..


Aku rasa sampai sini jela kot kelas kesihatan kita untuk hari ni. Kita jumpa lagi next class.. Aku nak sambung tido balik ni. Aku tinggalkan kasut ni untuk korang yang minat heels dan mau nampak tinggi..heh

Ada sapa-sapa berminat?


Ciossu!


p/s: aku rasa perempuan yang pakai flat agak sweet..hehe