Saturday, 31 March 2012

Tips ketika melakukan online banking


Assalamualaikum wbt…


Apa khabar semua readers sekalian? Sihatkah? Sakitkah? Kalau sakit, tak reti-reti ke nak makan ubat? Jangan nak harap sangat la pakwe/makwe korang datang nak pujuk makan ubat. Dia pun malas nak melayan. Sendiri sakit sendiri mau ingat la kan. haha.. Jahat giler ayat mukadimah. Yang sihat tu, bagus la. Maknanya anda mempunyai tubuh yang kuat.. Banyak minum Milo barangkali?



Tahukah korang bahawa baru ni si NIA owner blog ni telah kehilangan duitnya dalam akaun banknya? Banyak tu tak banyak sangat la tapi banyak jugak la *huh..ayat apa ni*. Tu tengah menangis sedih la tu sebab rancangan dia nak berholiday sempena dapat result SPM hancur berkecai.. haha.. Kesian dia kan? Korang pakat-pakat la derma sikit sorang kat dia nanti.. Kasi berbunga balik hati dia.



So, sempena kejadian ni, *macam celebrate la pulak..haha* aku nak bagi sedikit tips la untuk korang yang suka berbelanja dalam talian.. Dalam bahasa omputihnya, online purchase. Bila korang dah membeli secara online, semestinya pembayaran pun online kan? Pembayaran online contohnya menggunakan laman web bank seperti Maybank2u or CIMBClicks. Online banking namanya. Ni bank yang aku biasa gunakan la *untuk beli topup jer pun..hehe*. Kalau korang aku tak tau la. Untuk korang yang guna cara Cash On Delivery (COD) or bank-in duit, maka korang tak payah la baca. Buang masa jer sebab tips ni tak berkaitan dengan korang.. Tanpa membuang masa, jom kita tengok apa tips dari Bro Fahmi.



1)  Connection internet yang stabil



Dah namanya online banking, for sure la kena ada internet. Untuk korang yang menggunakan Streamyx or Unifi, takde masalah rasanya untuk korang. Tapi untuk yang menggunakan ‘berukben’ a.k.a broadband, anda kena hati-hati sikit la.Macam korang sedia maklum *peh..ayat..*, line berukben ni macam beruk la sikit-sikit kan. Perkara biasa la kalau internet tiba-tiba putus tengah jalan. Kena pulak masa tu tengah step untuk approve payment, silap-silap dia tolak double pulak sebab korang repeat transaction lepas reconnect internet tu. Ada sesetengah bank macam Maybank akan automatically log out kalau internet putus, so selamat la sikit. But things just happens sometimes, so, hati-hati..



2) Jangan klik link yang mencurigakan



Ok, yang ni ramai yang terkena. Bila nak beli apa-apa, dia suruh klik link yang kononnya akan redirect kita ke banking site. JANGAN KLIK LINK ITU!! Most likely it’s a bogus.. Kalau nak masuk ke web bank, pastikan korang taip sendiri kat address bar. Sebabnya cara ni banyak hackers yang guna, teknik yang di panggil phishing *sebut fishing* untuk dapatkan password dan username korang. Kalau korang jenis yang malas nak menaip dan suka terus klik link jer, korang la mangsa yang berpotensi untuk ditipu. Suka kerja senangkan.. Hackers suka orang macam ni. Betul tak hackers sekalian?hehe..



3) Periksa address bar



Susulan kepada point no 2 tadi, kalau korang masih lagi gatal nak meng’click’ link tersebut, haruslah korang check address bar dia. Untuk yang taip sendiri pun patut check jugak kalau ada typo.. Mungkin korang tergolong spesis yang menganggap typo itu seni. Seni la sangatkan sampai hilang duit?hehe.. Link bank yang tulen dan selamat haruslah ada tiga benda ni.

  • Lambang mangga
  • Link yang berwarna hijau
  • Logo bank

Contoh address bar pada Internet Explorer
Contoh address bar pada Google Chrome


4) Gunakan virtual keyboard


Yang ni lebih kepada prevention step jer. Tak nak buat pun takpe. Kalau nak lebih secure, korang boleh gunakan virtual keyboard/on-screen keyboard untuk taip username dan password korang. Korang boleh search dekat PC or laptop ada benda alah ni. Tujuan dia untuk mengelakkan software keylogger yang boleh mencuri password dan username korang dengan merekod apa yang korang taip dekat keyboard tu. Klik sini untuk tau lebih lanjut. Aku malas nak cerita.. Panjang sangat.



5) Pastikan PC/laptop bebas virus



Last sekali, back to basic. Perkara paling penting bagi pengguna PC/laptop ialah pastikan kesihatan PC/laptop anda. Pastikan korang ada antivirus yang up to date, yang dipercayai dan rajinkan la diri anda untuk buat full scan. Dalam korang duk sibuk ber’blog’,ber’facebook’, bermacam-macam lagi, ada virus tersembunyi yang masuk ke system korang tanpa korang sedar. Itu belum masuk spyware, malware, Tupperware dan macam-macam ware lagi. So, beringatlah ye..



Kalau nak listkan semua,memang banyak la kan.Aku bagi yang mudah jela.. Sebabnya aku malas nak explain banyak-banyak. hehe.. Sekarang ni, bank pun dah banyak buat penambahbaikan *ayat baru disitu* supaya lebih selamat.  Ada TAC and siap inform kat handset bagai kalau ada transfer duit or beli apa-apa. Boleh la korang gunakan tanpa was-was kan.. So, that’s conclude our lessons for today. Class dismissed.





Ciossu!



p/s: Aku tertinggal step yang ke-6, bagi aku simpan..confirm selamat.

Thursday, 8 March 2012

Nak tengok hantu? Part II


Assalamualaikum wbt…


Bertemu lagi kita dalam entry yang ke sekian kalinya di malam Jumaat yang sungguh indah dan hening ni. Apa khabar readers-readers sekalian? Harap sihatlah hendaknya ye? Eh,terformal pulak mukadimah aku malam ni. Kena sampuk dengan hantu ke apa ni? Hantu yang suka keformalan kot..Ok, imbas kembali, dalam entry yang lepas aku ada ajar korang satu benda kan? Korang praktik tak apa aku ajar tu? Tak buat? Hadoii..buat penat jer aku mengajar korang kalau korang tak cuba. Susah eh nak buat? Hopeless betul la korang kalau nak baca Quran pun malas..hehe



Ok lah..mungkin susah sangat kot korang nak praktik apa aku ajar tu. Kali ni aku ajar cara yang lagi senang pulak. Kalau rasa susah jugak yang ni, memang aku tak dapat buat apa la. Salahkan diri sendiri sebab malas mencuba..hehe..Anda dah bersedia? Jom kita tengok apa cara yang senang tu.. Zassss….



Oooppp!! Chop chop…Sebelum tu, haruslah aku meletakkan amaran seperti dibawah ni supaya nanti jadi apa-apa takde la korang cari aku..haha..



Nasihat: 

- Jangan cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
- Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan & kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
- Jangan lakukan jika berseorangan.
- Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
- Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri. 
- Tidak digalakkan untuk mereka yang bawah umur.



Ha,sekarang baru la korang boleh belajar cara yang senang tu.. ZAASSSS!!! (lagi sekali)



Cara Pertama:

- Berdiri dan menghadap kiblat..
- Rehatkan badan dan lemahkan segala anggota badan anda. Rileks…
- Selawat 3x
- Kosongkan minda dan baca surah Al-Fatihah 7 kali dan tumpukan pada bahagian tengah kening
- Anda akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
- Turutkan saja arah tangan bergerak... dan buka mata utk melihat..hehe



Boo!!

Cara kedua:

- Semasa mandi mayat, air mayat melimpah turun kan?Ha, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi. Kalau malu orang nampak, ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
- Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Lepas tu bukak mata dan pandang tepi anda.hehe..



Apa tengok-tengok?

Cara paling mudah: (untuk wanita)
- Ketika anda period, amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
- Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.




Amacam? Senang jer kan untuk dipraktikkan? Boleh la kalau rasa nak cuba.. Oh ye, sebelum aku lupa, nak bagitau ni part last untuk segmen melihat alam ghaib. Pasni aku tak nak ajar lagi. Kang ada yang tak tido malam pulak..hehe..Ok lah,aku berambus dulu. Aku tinggalkan korang dengan ilmu ni jer. Apa pun, aku menantikan feedback daripada korang..


Wokeh,ciossu!


p/s: korang tak rasa ke malam ni agak sejuk dan berangin? mungkin perasaan aku jer kot..hihi

MegaGiveAway by Penmerah.com

banner format2 thumb MegaGiveAway By Penmerah.com

Akak PEN MERAH ada buat giveaway unyuk kali kedua dan ini merupakan kali pertama aku join giveway. 



SYARAT-SYARAT yang dikenakan amatlah senang lagi mudah malah tidak membebankan sesiapa. 






hadiah yang ditawarkan cukup menarik dan begitu banyak sekali . memang tak rugi lah kalau korang join , malah puas hati .
sesiapa yang tengah kering idea nak update blog dan menginginkan hadiah yang PERCUMA boleh lah mencuba nasib *wink 




untuk join giveaway dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang giveaway yang dianjurkan oleh beliau bolehlah tonyoh-tonyoh banner kat atas tuh ye .