Sunday, 27 May 2012

Kesilapan yang disengajakan?


Assalamualaikum wbt…


Wah, dh bersarang, berdebu dan berhabuk sudah nampaknya blog ni. Mana owner blog ni? Mana? Aku menyepikan diri kerana kesibukan kerja tapi kenapa beliau pun turut menghilangkan diri? Aku tak tahu..siyes.. Aku pulak memang sibuk sejak kebelakangan ini dan agak kepenatan untuk menulis. Lagipun tiada isu baru yang nak aku bebelkan. Tapi kesian pulak kat blog ni macam terabai, aku postkan la satu entry. Takde la nampak macam terabai sangat kan?

Yay!!

Musim cuti sekolah datang lagi, budak-budak sekolah macam biasa, happy jer memanjang, boleh bangun tido lambat dan tengok tv sampai lebam. Aku pernah rasa aku tau la. Nasib baik mak aku sporting, tak marah aku nak cuti-cuti..hehe.. Tak lupa juga cuti sekolah juga menandakan masuknya ‘musim mengawan’ untuk kaum manusia. Maklum la, semua duk pakat buat kenduri kahwin sana sini. Kalau buat hari biasa, tak meriah katanya. Bagi aku, sama jer kot..Setakat kenduri sehari, boleh buat hari minggu apa. Lain la kalau nak buat kenduri 3 hari 3 malam kan, memang patut la buat masa cuti sekolah..hehe.. Ni just pendapat aku jela. Kalau ada yang  sentap nanti, aku tak nak tanggung ye..


Oh, panjangnya mukadimah aku sampai dua perenggan..haha..


Kesilapan.

Aku yakin semua orang pernah buat silap. Cuma bezanya silap kecik atau besar. Kata orang, dari kesilapanlah kita belajar untuk menjadi lebih baik dan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Tapi, kadang-kadang kita tetap jugak melakukan kesilapan yang sama. Kenapa? Why? Kalau kesilapan kecik, mungkin boleh la dimaafkan.Tapi bagaimana kalau kesilapan besar yang mungkin mengubah hidup kita? Mesti rasa diri sangat loser giler dan putus asakan? Pernah rasa camtu? Well, aku pernah..Dulu la..Silap apa? Biar la aku jer yang tau. Tapi aku go on jer macam takde apa-apa.




Cakap pasal ni, teringat aku kisah makcik ni yang kena tipu sehingga RM5 juta baru-baru ni. Hanya kerana tersilap mempercayai seseorang yang tak pernah dikenali secara berdepan. Cinta ke mana, harta pun kemana. Habis segala harta hilang, lalu apalagi yang tinggal? Hanya penyesalan..Sabar yer makcik




Atau mungkin jugak silap macam brader kat bawah ni yang tersilap memotong kepala isterinya ketika pertunjukan silapmata yang dilakukan. Kan sudah jadi duda dan banduan? No turning back now..Kena berani hadap la kalau dah buat silap.




Apa pun jadikanlah kesilapan yang pernah dilakukan sebagai ingatan untuk menjadi manusia yang lebih baik dan janganlah jadikan ia sebagai penghalang untuk maju. Jangan takut untuk mencuba hanya kerana bimbang mengulangi kesilapan yang sama. Beri peluang kepada diri anda dan hadapilah hari-hari seterusnya dengan penuh yakin dan senyuman yang lebar..hehe..




Eh, dah panjang pulak jadinya. Hajatnya nak tulis pendek jer tadi sebenarnya..hehe..


Okeh la, dah lewat malam ni aku nak tido. Apa aku merepek ni pun aku tak tau.. Inilah padahnya kalau membebel dalam keadaan mengantuk dan mamai, jadi merapu..Sekian


Wokeh,ciossu


p/s: The greatest mistake you can make in life is to be continually fearing you will make one – Elbert Hubbard