Friday, 13 July 2012

5 ciri wanita yang lelaki harapkan

Assalamualaikum wbt…


Apa khabar semuanya? Setelah lama menyepi, aku kembali..hehe..Memang aku macam ni sekejap ada sekejap takde. Update blog ikut mood dan masa yang ada. Entry ni dah agak lama aku siapkan sebenarnya cuma belum ada kesempatan untuk diterbitkan. Tajuk pun agak cliche kan? Tapi peduli hape aku.haha..Hari tu aku ada terbaca tentang statistik lelaki dan perempuan bujang yang belum berkahwin mengikut umur dan sebab-sebabnya. Dekat mana aku dah lupa dan aku pun malas nak selongkar balik arkib negara kat rumah aku ni. Nak search dalam internet, banyak yang merepek pulak keluar. So,nevermind..Forget that. If you worry too much on the small details, you will only get older faster. 



Jadi apa yang membuatkan aku tertarik ialah salah satu dari penyebabnya iaitu belum jumpa calon yang sesuai. Then aku terfikir, punya la ramai rakyat Malaysia ni takkan takde sorang pun calon yang sesuai? Apa ciri-ciri calon yang dicari sebenarnya? Memandangkan aku ni seorang LELAKI, aku nak bagi la sedikit ciri-ciri yang mungkin dicari pada sorang perempuan pada pandangan mata aku ni. Atau mungkin ciri-ciri perempuan yang aku cari? Apakah? Haha..takpe, layan jela.


1)    Understanding




Yang ni aku percaya ramai tahu tapi tak ramai yang mampu buat. Tahu tapi tak amalkan takde guna jugak kan. Maksud understanding or memahami ni takde la susah sangat. Andai kata BF or bakal BF korang tu minat tengok kartun Jepun contohnya, biarkan jer dia dengan kartunnya tu. Yang penting jangan kutuk- kutuk dia kalau tak nak kena ketuk balik. Ini pantang ok? Tak perlu la korang pun kena paksa diri sendiri untuk minat apa dia minat. Dia mungkin akan seronok sebab korang pun nampak macam minat apa dia minat tapi korang pulak la yang tak seronok nanti. Sampai bila nak berpura kan? Sampai satu masa nanti mesti terbongkar punya. Tapi kalau betul-betul minat, itu lain.OK, NEXT!


2)    Tidak memaksa



Aha, paksa memaksa ni memang ramai yang amalkan. Ni fakta. Dah ramai member aku yang  jumpa perempuan jenis memaksa ni. Jiwa lelaki ni tak suka dipaksa-paksa. Korang halang dia dari buat apa dia nak buat, memang la dia hangin. Siap bagi kata dua pulak tu. Silap-silap korang pulak yang ditinggalkan. Contohnya rokok.. Korang paksa dia berhenti kalau sayangkan korang. Ada ke patut? Yeah, memang dia berhenti. Tapi depan korang jela.. Korang takde, berkotak-kotak la dia hisap. Tak percaya? Pegi la mengendap dia time dia melepak dengan member. Heh.. Sekali lagi, biarkan jer dia tu. Kalau dia mati, aku kan ada..haha..NEXT!


3)    Penyabar

Aha,ini penting. Kesabaran tu sangat dituntut dalam hubungan. Kalau mula-mula pun dah tak sabar dengan perangai dan kerenah BF/bakal BF korang, camne kalau nanti dah beranak pinak? Men think fast forward you know? Maju berlangkah-langkah ke depan. Mana la tau kalau-kalau ditakdirkan anak-anak pinak korang tu perangai sebijik macam bapak dia, kan haru tu. Sebab tu ada pepatah bapak borek anak rintik. Pernah dengar peribahasa mak? Nehi hey.. Pastu dapat pulak mak yang kurang sifat sabar, ada kemungkinan jadi kes dera la nanti. So, sabar tu penting.. Malas nak ulas panjang, kita NEXT aje..


4)    Pandai memasak


Asal boleh dimakan..Rupa buruk takpe.hehe..

Salah satu kriteria wajib seorang perempuan. Kalau tak tahu banyak, sikit pun takpe la. Bukannya nak suruh masak taraf sama dengan chef hotel pun. Asal boleh makan tanpa kena keracunan makanan dah kira OK la tu. Kaum lelaki ni bukan memilih sangat bab makan ni. Asal sedap, ada rasa dan boleh dimakan. Lelaki sangat suka kalau lauk yang dimasak menyerupai lauk yang mak dia masak walaupun bukan 100% sama.  So, korang-korang diluar sana, pandai-pandai la pegi memujuk mak BF/bakal BF korang supaya turunkan ilmu tu kat korang ye. Hehe.. NEXT!



5)    Lemah lembut dan sopan santun

Awek idaman ramai ni..hehe
 
Kalau dah namanya perempuan, haruslah mempunyai kelembutan dan kesantunan. Kelembutan dan kesantunan camne yang dicari? Dari segi percakapan dan perbuatan ler. Cakap dengan bahasa yang baik, bukan mencarut bagai. Tak manis derr..Perempuan yang ada ciri kelembutan dan kesopanan ni, memang dicari-cari la oleh lelaki. Harus aku akui, perempuan yang ada ciri ini dah makin pupus. Yang ada, yang jenis kalau gelak pun dah mengilai sebijik macam langsuir, makan kat kedai bersepah-sepah atas meja, kat mana la ciri kesopanan dan kelembutan tu ye? Konfem kena rejek terus. Haha.. ni pengalaman aku sendiri ni weh. Tak percaya, tanya aku..


**********************


Ok, cukup la kot aku bagi 5 jer ciri-ciri yang mungkin dicari *oleh aku..hehe*pada seseorang perempuan. Kalau di ikutkan banyak lagi tapi kalau aku list semua, dah jadi panjang berjela la pulak. So aku stop sampai no 5 jer. Harus di ingat, ini hanya pada pandangan aku sahaja. Bukan mewakili semua lelaki coz tak semua lelaki yang memilih berdasarkan apa yang aku kata ni. Bak kata pepatah, “ Beauty is in the eye of the beholder”. Sebarang bantahan sila suarakan di ruangan komen ye. Entry aku hari ni tamat disini..Sekian terima kasih


Gambar hiasan


Wokeh,ciossu!


p/s : Agak-agak korang bila next entry update yer?kekeke..:D