Assalamualaikum wbt…
Wah, dh bersarang, berdebu dan berhabuk sudah nampaknya
blog ni. Mana owner blog ni? Mana? Aku menyepikan diri kerana kesibukan kerja tapi kenapa
beliau pun turut menghilangkan diri? Aku tak tahu..siyes.. Aku pulak memang sibuk
sejak kebelakangan ini dan agak kepenatan untuk menulis. Lagipun tiada isu baru
yang nak aku bebelkan. Tapi kesian pulak kat blog ni macam terabai, aku postkan
la satu entry. Takde la nampak macam terabai sangat kan?
![]() |
| Yay!! |
Musim cuti sekolah datang lagi,
budak-budak sekolah macam biasa, happy jer memanjang, boleh bangun tido lambat dan
tengok tv sampai lebam. Aku pernah rasa aku tau la. Nasib baik mak aku sporting,
tak marah aku nak cuti-cuti..hehe.. Tak lupa juga cuti sekolah juga menandakan
masuknya ‘musim mengawan’ untuk kaum manusia. Maklum la, semua duk pakat buat kenduri
kahwin sana sini. Kalau buat hari biasa, tak meriah katanya. Bagi aku, sama jer
kot..Setakat kenduri sehari, boleh buat hari minggu apa. Lain la kalau nak buat
kenduri 3 hari 3 malam kan, memang patut la buat masa cuti sekolah..hehe.. Ni just
pendapat aku jela. Kalau ada yang sentap
nanti, aku tak nak tanggung ye..
Oh, panjangnya mukadimah aku sampai dua perenggan..haha..
Kesilapan.
Aku yakin semua orang pernah buat silap. Cuma
bezanya silap kecik atau besar. Kata orang, dari kesilapanlah kita belajar untuk
menjadi lebih baik dan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Tapi, kadang-kadang
kita tetap jugak melakukan kesilapan yang sama. Kenapa? Why? Kalau kesilapan
kecik, mungkin boleh la dimaafkan.Tapi bagaimana kalau kesilapan besar yang mungkin
mengubah hidup kita? Mesti rasa diri sangat loser giler dan putus asakan? Pernah
rasa camtu? Well, aku pernah..Dulu la..Silap apa? Biar la aku jer yang tau. Tapi aku go on jer macam takde apa-apa.
Cakap pasal ni, teringat aku kisah makcik ni yang kena tipu
sehingga RM5 juta baru-baru ni. Hanya kerana tersilap mempercayai seseorang
yang tak pernah dikenali secara berdepan. Cinta ke mana, harta pun kemana. Habis
segala harta hilang, lalu apalagi yang tinggal? Hanya penyesalan..Sabar yer makcik
Atau mungkin jugak silap macam brader kat bawah
ni yang tersilap memotong kepala isterinya ketika pertunjukan silapmata yang
dilakukan. Kan sudah jadi duda dan banduan? No turning back now..Kena berani hadap
la kalau dah buat silap.
Apa pun jadikanlah kesilapan yang pernah dilakukan
sebagai ingatan untuk menjadi manusia yang lebih baik dan janganlah jadikan ia sebagai
penghalang untuk maju. Jangan takut untuk mencuba hanya kerana bimbang mengulangi
kesilapan yang sama. Beri peluang kepada diri anda dan hadapilah
hari-hari seterusnya dengan penuh yakin dan senyuman yang lebar..hehe..
Eh, dah panjang pulak jadinya. Hajatnya nak
tulis pendek jer tadi sebenarnya..hehe..
Okeh la, dah lewat malam ni aku nak tido.
Apa aku merepek ni pun aku tak tau.. Inilah padahnya kalau membebel dalam keadaan
mengantuk dan mamai, jadi merapu..Sekian
Wokeh,ciossu
p/s: The greatest mistake you can make in
life is to be continually fearing you will make one – Elbert Hubbard



