Assalamualaikum wbt…
Wah, dh bersarang, berdebu dan berhabuk sudah nampaknya
blog ni. Mana owner blog ni? Mana? Aku menyepikan diri kerana kesibukan kerja tapi kenapa
beliau pun turut menghilangkan diri? Aku tak tahu..siyes.. Aku pulak memang sibuk
sejak kebelakangan ini dan agak kepenatan untuk menulis. Lagipun tiada isu baru
yang nak aku bebelkan. Tapi kesian pulak kat blog ni macam terabai, aku postkan
la satu entry. Takde la nampak macam terabai sangat kan?
![]() |
| Yay!! |
Musim cuti sekolah datang lagi,
budak-budak sekolah macam biasa, happy jer memanjang, boleh bangun tido lambat dan
tengok tv sampai lebam. Aku pernah rasa aku tau la. Nasib baik mak aku sporting,
tak marah aku nak cuti-cuti..hehe.. Tak lupa juga cuti sekolah juga menandakan
masuknya ‘musim mengawan’ untuk kaum manusia. Maklum la, semua duk pakat buat kenduri
kahwin sana sini. Kalau buat hari biasa, tak meriah katanya. Bagi aku, sama jer
kot..Setakat kenduri sehari, boleh buat hari minggu apa. Lain la kalau nak buat
kenduri 3 hari 3 malam kan, memang patut la buat masa cuti sekolah..hehe.. Ni just
pendapat aku jela. Kalau ada yang sentap
nanti, aku tak nak tanggung ye..
Oh, panjangnya mukadimah aku sampai dua perenggan..haha..
Kesilapan.
Aku yakin semua orang pernah buat silap. Cuma
bezanya silap kecik atau besar. Kata orang, dari kesilapanlah kita belajar untuk
menjadi lebih baik dan tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Tapi, kadang-kadang
kita tetap jugak melakukan kesilapan yang sama. Kenapa? Why? Kalau kesilapan
kecik, mungkin boleh la dimaafkan.Tapi bagaimana kalau kesilapan besar yang mungkin
mengubah hidup kita? Mesti rasa diri sangat loser giler dan putus asakan? Pernah
rasa camtu? Well, aku pernah..Dulu la..Silap apa? Biar la aku jer yang tau. Tapi aku go on jer macam takde apa-apa.
Cakap pasal ni, teringat aku kisah makcik ni yang kena tipu
sehingga RM5 juta baru-baru ni. Hanya kerana tersilap mempercayai seseorang
yang tak pernah dikenali secara berdepan. Cinta ke mana, harta pun kemana. Habis
segala harta hilang, lalu apalagi yang tinggal? Hanya penyesalan..Sabar yer makcik
Atau mungkin jugak silap macam brader kat bawah
ni yang tersilap memotong kepala isterinya ketika pertunjukan silapmata yang
dilakukan. Kan sudah jadi duda dan banduan? No turning back now..Kena berani hadap
la kalau dah buat silap.
Apa pun jadikanlah kesilapan yang pernah dilakukan
sebagai ingatan untuk menjadi manusia yang lebih baik dan janganlah jadikan ia sebagai
penghalang untuk maju. Jangan takut untuk mencuba hanya kerana bimbang mengulangi
kesilapan yang sama. Beri peluang kepada diri anda dan hadapilah
hari-hari seterusnya dengan penuh yakin dan senyuman yang lebar..hehe..
Eh, dah panjang pulak jadinya. Hajatnya nak
tulis pendek jer tadi sebenarnya..hehe..
Okeh la, dah lewat malam ni aku nak tido.
Apa aku merepek ni pun aku tak tau.. Inilah padahnya kalau membebel dalam keadaan
mengantuk dan mamai, jadi merapu..Sekian
Wokeh,ciossu
p/s: The greatest mistake you can make in
life is to be continually fearing you will make one – Elbert Hubbard




38 comments:
takk berani pun tgk video tue. fuhh.
hmm. biasa laa. kan? hehe. human being make mistake. lagi pun mistake tue yang akan ubah kite jadi lebih baik, insyaAllah. tapi ade jugak kadang-kadang berubah jadi lebih tak baik. yang nie kena beringat laa kan? hehe.
pergh potong kepala! arghhhhhh larik!
musim mengawan?
siot je ayat.HAHAHA
yg peliknya org kita ni, makin bnyk berita ni tersebar dlm akbar makin ramai kene tipu..
guwa tak berani tengok video tu...silap2 guwa tengok boleh pengsan
waaa seyesly!!.. tajuk metro ta na gah plak kan -_- hehehe.. y pasal potong kepala tuh na pengsan jek rasa.. Ya Allah ptut la dalam islam magic cam tuh ta leyh hehehe :P
sesungguhnye Allah itu Maha pengampun dan penyayang.. kite blaja dari kesilapan... hehe :D
salam dear nia. xberdebu lah. bersawang je..hihi neway biasalah..suzie pon sibuk xder ms update blog.hihi. neway kes nenek angau tu still cm pelik. snggupkan die. wah untung general tu :)
stiap manusia tak lari buat silap..erkk xtaw pn kes tue..xsuka bca metro..hihi
update jgk...hehehe
ha betol ka tu makcik ang? wah kesian giler camtu skali noooo !
musim cuti skolah & musim kenduri kwen tu mmg serasi, hikk...
arghhhhhh giler pya seram video tue
xnak ar tgk vedio tu... line slow plak pg ni...
besalah, evryone make a mistake... tp kalau boleh avoid la mistake tu
halaiiiiii bulat2 kne tipu..
AdE orang x pernah nak belajar dari kesilapan..
kesilapan akan membuatkan manusia lebih matang :)
peh wa lebih fokus pada video potong pale ni..terkedu laki dia
ade mne skunk ni nia?
no body perfect right =)
terpotong kepala tu...
seram gile...
-wan niahix-
pnh tgk video tu.. serammm
setuju dengan awak. jadikan kesilapan sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik daripada sebelum ni
seram tgk kepala dia kena potong
video potong kpala, brapa kli ntah dh tgok..
smua org prnh buat slap kan..
pergh...vedio tu....video tu..
salam kenal eh tq kerana dtg jengah
ayat mengawan....mmg sedap didengar..hehe
huhuu selamat bercuti :)
erkk tak berani nak tgk video tu..
kesilapan.. rasanya tak pernah lagi wat kesilapan besar yg boleh mendatangkan kemurungan... harap2 dijauhi... sekali tersilap, mau terpikir2.. buat apa saje x kene. :)
ohsem l blog ni .. nice entry ..
betol la. silap sekali bukan bermakne silap selame-lamenye. tapi silap mengajar kite tok lebey b'hati2 mase depan.. :D
tak hapdate.... hihihihi
kapan mau diupdate?ekeke
3 kali dtg kesini
bila nak hapdet ni sis
kesilapan boleh mamatangkan kita. jangan takut melakukan kesilapan. :)
huwaakkk,takboleh tengok video tu :O
manusia,tak pernah lari dari buat kesilapan ;D
samalah.. angin berblogging hilang, blog bersawang..
oh noo..haha
*jom follow http://sayadalahaku.blogspot.com/
Post a Comment