Friday, 13 January 2012

Nilai 5 sen



Assalamualaikum wbt…


Dah seminggu aku tak menghapdet rasanya. Agak sibuk aku beberapa hari ni so tak sempat sangat la nak menaip ni. Kebetulan pulak hari ni aku ada masa free sikit jer, tu pun tengah malam. And kebetulan jugak hari ni malam Jumaat. Guess what aku nak cerita hari ni?


“Cerita seram la..Kan malam Jumaat ni”


Hoho..no no no..

No seram-seram ok?

Hari ni aku tak nak cerita seram-seram. Asal malam Jumaat je, cerita hantu. Bangga la hantu tu nanti asyik cerita pasal dia. Korang pun bukan nak baca malam-malam pun kalau aku cerita. Confirm baca pagi esok punya. Aku jamin la..Dua entry aku yang lepas pun ada orang takut nak baca. So aku stop jela sesi seram-seram ni.


Hurm,abis tu aku nak bebel ape yek?


Ok, korang sedar tak nilai wang RM0.05 or dalam bahasa standard dia 5 sen? Nampak kecik jer kan nilai dia.. Kalau jatuh dari poket pun belum tentu korang nak kutip balik. Alah, 5 sen jer kot.. Pedehal? Nak beli heels dengan beg kotak pun tak lepas. Kenapa tiba-tiba aku cakap pasal duit 5 sen ni kan? Ha, ni la aku nak cerita ni.




Korang mesti suka makan fast food kan?Alah, aku tau la..Pompuan memang suka makan fast food kentaki,mekdi, pizza hut tu kan. Korang perasan or pernah kena tak semasa makan kat restoran makanan segera ni, contohnya Kentaki la senang. Kalau total bil kita contohnya RM13.45 and korang bayar RM13.50, cashier tu tak pulangkan balik 5 sen? Kalau kita tanya mana baki, dia jawab


“Oh maaf Encik/Cik/Pakcik/Makcik/Datuk/Datin, kita takde duit 5 sen lah”

Sory, duit 5sen takde

Damn!!




So, korang pun malas nak kecoh over that 5 cent, terus blah and mencekik ayam Kentaki. Tapi cuba korang fikir. Katakanlah, sorang dia belasah 5 sen.. Kalau sepuluh orang? Dah 50 sen kan? Katakanlah dalam sehari, ada seratus orang dengan kes yang sama. Dah 5 hengget tu.. Aku percaya dia boleh buat kat lebih dari seratus orang dalam sehari.




Korang bayangkan la dalam sebulan dia dah boleh buat RM150 untung atas angin jer.. Bermodalkan alasan "KITA TAKDER DUIT LIMA SEN"...




Itu baru satu restoran..

[link]


Ambik Kentaki lagi sebagai contoh. Kalau ikutkan mug free yang dia bagi sebagai meraikan restoran ke 500 hari tu. So, dipendekkan cerita, dia ada 500 cawangan yang buat untung RM 150 sebulan atas angin.



RM 150 X 500??
RM 75,000 korang tau tak??
 TUJUH PULUH LIMA RIBU RINGGIT sebulan... hanya untung atas angin.


Kalau setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Haha..teringat cerita labu labi, ayat Haji Bakhil.


“Lima sen kalau dikumpul, boleh buat beli roda kereta lembu ko tau??!! “


Kalau gitu ler gayanya, lima sen kalau dikumpul, bukan takat roda kereta lembu, roda kapal terbang pun mampu korang beli. Oh ya.. Tu belum campur pembundaran yang kerajaan kita buat tu.. Alah, yg dari 3 atau 4 sen bundar jadi 5 sen, 8 & 9 sen bundar jadi 10 sen.. Bayangkanlah..


Hurm, kalaulah itu cara yg diorang buat untuk raih untung lebih, memang aku tak halalkan 5 sen aku tu...



Akhir kata dari aku, simpan la duit 5 sen untuk kesejahteraan anda.



Ok lah,dah terlebih emosional pulak aku ni. Aku blah dulu la. Ciossu!


p/s: tetiba pulak emo kan?haha..