Assalamualaikum wbt…
Dah seminggu aku tak menghapdet rasanya. Agak sibuk aku beberapa hari ni so tak sempat sangat la nak menaip ni. Kebetulan pulak hari ni aku ada masa free sikit jer, tu pun tengah malam. And kebetulan jugak hari ni malam Jumaat. Guess what aku nak cerita hari ni?
“Cerita seram la..Kan malam Jumaat ni”
Hoho..no no no..
Hurm,abis tu aku nak bebel ape yek?
Ok, korang sedar tak nilai wang RM0.05 or
dalam bahasa standard dia 5 sen? Nampak kecik jer kan nilai dia.. Kalau jatuh
dari poket pun belum tentu korang nak kutip balik. Alah, 5 sen jer kot..
Pedehal? Nak beli heels dengan beg kotak pun tak lepas. Kenapa tiba-tiba aku
cakap pasal duit 5 sen ni kan? Ha, ni la aku nak cerita ni.
Korang mesti suka makan fast food kan?Alah,
aku tau la..Pompuan memang suka makan fast food kentaki,mekdi, pizza hut tu
kan. Korang perasan or pernah kena tak semasa makan kat restoran makanan segera
ni, contohnya Kentaki la senang. Kalau total bil kita contohnya RM13.45 and
korang bayar RM13.50, cashier tu tak pulangkan balik 5 sen? Kalau kita tanya
mana baki, dia jawab
“Oh maaf
Encik/Cik/Pakcik/Makcik/Datuk/Datin, kita takde duit 5 sen lah”
Damn!!
So, korang pun malas nak kecoh over that 5 cent, terus blah and mencekik ayam Kentaki. Tapi cuba korang fikir. Katakanlah, sorang dia belasah 5 sen.. Kalau sepuluh orang? Dah 50 sen kan? Katakanlah dalam sehari, ada seratus orang dengan kes yang sama. Dah 5 hengget tu.. Aku percaya dia boleh buat kat lebih dari seratus orang dalam sehari.
Korang bayangkan la dalam sebulan dia dah boleh buat RM150 untung atas angin jer.. Bermodalkan alasan "KITA TAKDER DUIT LIMA SEN"...
Itu baru satu restoran..
So, korang pun malas nak kecoh over that 5 cent, terus blah and mencekik ayam Kentaki. Tapi cuba korang fikir. Katakanlah, sorang dia belasah 5 sen.. Kalau sepuluh orang? Dah 50 sen kan? Katakanlah dalam sehari, ada seratus orang dengan kes yang sama. Dah 5 hengget tu.. Aku percaya dia boleh buat kat lebih dari seratus orang dalam sehari.
Korang bayangkan la dalam sebulan dia dah boleh buat RM150 untung atas angin jer.. Bermodalkan alasan "KITA TAKDER DUIT LIMA SEN"...
Itu baru satu restoran..
| [link] |
Ambik Kentaki lagi sebagai contoh. Kalau ikutkan mug free yang
dia bagi sebagai meraikan restoran ke 500 hari tu. So, dipendekkan cerita, dia
ada 500 cawangan yang buat untung RM 150 sebulan atas angin.
RM 150 X 500??
RM 75,000 korang tau tak??
TUJUH PULUH LIMA RIBU RINGGIT sebulan... hanya
untung atas angin.
Kalau setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Haha..teringat cerita labu labi, ayat Haji Bakhil.
“Lima sen kalau dikumpul,
boleh buat beli roda kereta lembu ko tau??!! “
Kalau gitu ler gayanya, lima sen kalau dikumpul, bukan takat roda kereta lembu, roda kapal terbang pun mampu korang beli. Oh ya.. Tu belum campur pembundaran yang kerajaan kita buat tu.. Alah, yg dari 3 atau 4 sen bundar jadi 5 sen, 8 & 9 sen bundar jadi 10 sen.. Bayangkanlah..
Hurm, kalaulah itu cara
yg diorang buat untuk raih untung lebih, memang aku tak halalkan 5 sen aku tu...
Akhir kata dari aku, simpan la duit 5 sen untuk kesejahteraan anda.
Ok lah,dah terlebih emosional pulak aku ni.
Aku blah dulu la. Ciossu!
p/s: tetiba pulak emo kan?haha..




14 comments:
hahaha...5 sen memang sgt3 berharga...
cantik mug kfc tu..
wushh..tak trpikir pun! jahanam ko yahudi.. =="
muehehehe.. math lemah..xmcm nia.. eh nia ke fahmi ni?
5 sen memang bernilai bagi orang yang reti menilainya :)
haha..tapi serius betul kan? kita je tak pernah amek serius benda tu.. kunun ala setakat 5 sen apa nak heren..rupanya pihak lagi satu tu senyum je. haha
eh betul ckp nia tu o.o mcm tu je depa dpt modal atas angin 0.o
salam pekenalan ..betul tu ..tak ramai yang hargai duit 5 cent kan ...pas ni umi simpan ..kecian duit 5 cent huhu ..
betol2..hawiz simpan 5 sen...hihi
huhu..nice post la beb..jom jnguk blog cabok sy pule =)
umi jejalan kat cni ..
Do you wish to get significantly more targeted free traffic from search engines for your website almost effortlessly? Well, with more exposure around the internet it's possible. But most website admins are yet not aware of how to get the popularity that multiplies itself within days. As lot of internet marketers say, this backlink and traffic service can bring potentially thousands of visitors to almost any website. So just visit http://xrumerservice.org to get started. :)
kurang 5sen x dapat makan prosperity burger!!!
tak pelah bagi 5 sen kat diaorang tu.diaorang dapat untung,mungkin pekerja mereka dapat bonus,ekonomi pun meningkat.daripada bagi kita,berkemungkinan melayang kat lantai je.HAHA
hehe even 1 sen pun bernilai klu kita simpan di bank.. hehe
http://nighberkz.blogspot.com
Post a Comment