Assalamualaikum wbt..
Dalam entry aku yang LEPAS, aku ada cerita
pasal malam Jumaat. Memandangkan malam ni malam Jumaat jugak and aku pun tengah
bosan takde keje, jadi aku nak sambung balik la entry aku yang lepas tu.
Pernah tak korang dengar satu permainan
memanggil hantu yang popular satu masa dulu. Aku pun dah ingat-ingat lupa.
Hurm, apa nama dia ye… Korang tau tak? Tak tau jugak? Kiranya tak update jugak
la korang ni ek? Takpe-takpe, seperti biasa, I’ll do the thinking and you just
enjoy the reading..
| fikir-fikir |
Ha, dah ingat!!
Nama dia..SPIRIT OF THE COIN!! haha..takut?
Permainan ni ada ditunjukkan dalam filem
‘Damping Malam’, *sapa tak tengok lagi, cepat download* yang mana
watak dalam filem tu dirasuk hantu lepas tu. Aku pun ada kawan yang pernah
bermain permainan ni tapi aku dah lupa cerita dia tapi setakat ni dia selamat
lagi la. Mungkin kerana sikap dia yang dah sememangnya seperti hantu, maka
hantu pun tak nak kacau dia. Yela, dah macam satu spesis, buat apa nak kacau
lagi. Lain la kalau orang baik macam aku ni kan?Mesti la kena kacau jugak.
Heh..
Aku bukan nak ajar korang main benda ni,
tapi sekadar nak bagitau secara general jela. Nanti korang try, aku pulak yang
kena. Korang nak try, korang research la sendiri. Kalau jadi apa-apa, jangan
sebut nama aku pulak. Aku tak nak tanggungjawab. Pandai-pandai korang la. Dah
gatal sangat nak try kan. Ibarat pepatah orang putih, “You reap what you sow”.
Ok, back to business. Sebenarnya ada banyak
versi cara nak buat benda ni tapi one thing for sure, ia menggunakan satu board
yang ada huruf A-Z, nombor 0-9, jawapan YES dan NO and last sekali perkataan
HOME. Ops..hampir terlupa satu lagi. Darah korang pun perlu juga kalau nak lagi
berkesan.hehe..Selalunya mereka yang main spirit ni akan tanya macam-macam
soalan dan spirit ni pulak akan bagi klu tentang apa yang ditanya. Contoh
korang tanya tarikh lahir lelaki yang korang syok, kombinasi huruf-huruf akan
membentuk satu perkataan which is the answer. Tapi awas, jangan sesekali angkat
jari selagi ia tidak membawa anda ke perkataan HOME kerana ia boleh menghantui
anda seumur hidup..haha
Ok,now for the after effect pulak. First of
all, of course la benda ni syirik. Korang dah seru benda halus, dah panggil jin
setan, of course la ianya haram. Sama macam sihir jugak. Secondly, lepas main
benda ni, ada kemungkinan yang spirit tu masih belum balik ke alam dia sebab
dah sukakan korang mungkin and masih lagi nak main dengan korang. Kalau dia dah
suka, memang nasib korang la kan. Sendiri cari pasal dengan dia.hehe.. Yang
terakhir, andai kata korang terlalu takut semasa main tu then korang lari camtu
jer, ada kemungkinan tempat korang duk tu akan dihantui oleh spirit ni.
Pernah diceritakan satu sekolah dekat satu
tempat ni, ada budak perempuan main benda ni and ditakdirkan salah seorang dari
mereka tengah datang bulan. Guess what? Hantu tadi minta darah perempuan ni. Disebabkan
ketakutan yang melampau, mereka angkat jari dan kaki mereka sebelum mereka sempat
hantar benda ni balik. Disebabkan itu, hantu tadi telah bebas dan mengamuk satu
sekolah mencari darah kerana tak dihantar balik oleh si penyeru ni. Apa nasib
mereka, aku pun tak tau sebab cerita dia sampai situ jer. Dah mati kena hisap
darah mungkin?hehe..
![]() |
| waarghh..makan budak!! |
Tapi kalau korang betul-betul nak tengok,
boleh jer.. aku sudi tunjuk kat korang. Meh sini dekat-dekat aku nak
bagitau.hehe..
Dekat lagi….
Lagi….
Sikit lagi…
| Tenung jangan tak tenung |
Korang tenung gambar ni lama-lama. Gambar
ni dikhabarkan adalah potret yang dilukis oleh seorang wanita Jepun yang mati
selepas bunuh diri. Namun potret ini dikatakan seperti hidup. Aku pun tak pasti
sangat. Apa pun, layankan ajelah. Wajah
sebenar hantu gadis Jepun itu hanya dapat dilihat jika namanya “Fuk Yu” *lain macam jer nama dia kan?*di
sebut dalam hati. Tenung pada matanya sehingga dia muncul dalam gambar itu
sendiri. Ade bran?hehe..
Akhir kata dari aku, sebelum tido malam ni pastikan korang tutup lampu ok?
Wokeh, ciossu!
p/s: kalau korang nak tengok real punya, ada caranya..nak tau?nanti lain kali la aku cite..




4 comments:
oh tak berani nak tenung huhuhu
ok!nyesal baca entri awak!takuuuuuutttttttttttttttttttttt
wahahahaha . best nye tenung dia xD
oNey . Maram kerapu jerk . Beha Ha
Post a Comment