Assalamualaikum wbt…
Dalam entry aku yang lepas, ramai yang mengatakan aku menulis entry agak
panjang termasuk si pemilik blog ni. Panjang sangat ke? Takde la panjang sangat
pun aku rasa kalau dibandingkan dengan novel-novel cinta yang korang selalu
baca tu. Boleh pulak korang habiskan yer? Siap cakap tak puas lagi tu.Korang
baca novel Tingkatan 5 pun lagi panjang tau, setahun baru habis baca
kan?..haha.. Untuk rekod, aku dulu baca novel Konserto Terakhir dan aku rasa cerita dia best. Aku tak tau la
korang camne kan..
Ok, cukup la dengan mukadimah tu. Kita
terus pada isi utama pada entry kali ni. Untuk kali ni, aku nak cerita pasal
malam Jumaat. Baru la kena dengan hari ni. Malam ni kan malam Jumaat, so memang
patut la aku bercerita tentang beliau. Aku dapat idea ni pun dari sorang
member. Tengah sedap-sedap borak tiba-tiba kuar pasal malam jumaat. *jangan tanya kitorang borak
pasal apa..hehe*
Orang selalu cakap kalau malam Jumaat nak
tidur awal, balik awal la, makan awal la,ape la. Eh,apahal pulak nak kena tidur
awal kan? Tak muda la tidur awal. Malam masih muda maa..Ada sapa-sapa tau apa
reason dia kena tidur awal? Aku serius blur ni..hehe..Aku saja jer nak test
korang. Korang ni kalau tak fikir sampai ke situ mesti tak sah kan? Isk isk
isk..kekuningan betul otak korang ni. Nasib baik aku tak fikir camtu.
Kalau cakap malam Jumaat, aku akan ingat
pasal hantu. YES!! Makhluk tak berjasad yang suka bertenggek, melompat,
berterbangan dan bergolek tu. Kenapa hantu suka sangat keluar malam Jumaat ni?
Serius aku pun tak tau. Kalau korang tau, jangan segan-segan la bagitau aku
pulak.Tapi mungkin jugak la sebab esoknya kan cuti, so dorang pun keluar la nak
together gather. Terserempak la pulak dengan korang yang nak keluar pergi
dating, so sama-sama terkejut and sama-sama lari. Haha..bapak mengarut gila teori
aku. Siapa nak percaya?
Kalau korang ingat pada entri Nia yang INI, *sila klik kalau tak ingat..kalau ingat tak payah* dia cakap salah satu sebab tak nak masuk asrama sebab banyak hantu.
Kalau korang nak tau, aku salah sorang penghuni tetap asrama. Sejak aku form 1
sampai la aku form 5 and ke peringkat seterusnya pulak. Heh.. Well, betul la
apa si Nia cakap tu. Memang kat asrama banyak hantu pun. Sila la interview
sapa-sapa yang pernah duk asrama, mesti pernah kena or pernah dengar. Setakat
jumpa kucing hitam boleh hilang and bunyi-bunyi pelik tu biasa la. TAPI..ha,
ada tapi pulak. Tahukah korang, selalunya yang kena ganggu ni adalah kaum
perempuan?
![]() |
| kucing hitam yang misteri |
Kalau dekat tempat aku belajar dulu, asrama
perempuan selalu kena ganggu. So pihak pengurusan tukar asrama lelaki jadikan
asrama perempuan and asrama perempuan pulak jadi asrama lelaki. Tapi lepas tu,
asrama perempuan yang asalnya asrama lelaki tu pulak berhantu. Asrama perempuan
yang mula-mula tadi ni dah takde gangguan sangat. Eh, dengan hantu-hantu sekali
pun budak-budak ni angkut pindah ek? Sayang betul hantu tu dengan
dorang..haha..Kenapakah ini berlaku?
“Yela, perempuan kan lemah semangat. Memang
la selalu kena”
Hohoho… Don’t give me that stereotype,
typical and lame excuse la.
Lelaki pun ada jugak yang lemah semangat
tapi indeks taburan kekerapan kena kacau takde la tinggi sangat. Bagi aku, semua
ni sebab sikap jer sebenarnya. Kalau dah tengah malam duk melalak nyanyi lagu
Stacy, memang ada la yang ajak berduet sama-sama. Mana tahan tengok ko nyanyi
sorang-sorang beb. Kalau sedap takpe la jugak kan..ni sikit lagi nak sama
dengan suara Mak Limah nyanyi lagu Enjit Semut..hehe.. Tu belum masuk lagi yang
jenis suka mengilai dengan member-member. Kalau ko punya mengilai tu sikit jer
lagi nak sama dengan hantu, memang la dia datang tengok kot-kot member dia ke
kan yang mengilai.
![]() |
| Enjit-enjit semut..sapa sakit naik atas.. |
Yang jenis buang modestos merata-rata pulak
lagi la. Memang sengaja la mengundang ‘mereka’. Tahukah korang yang hasil
buangan korang ibarat makanan mewah bagi mereka? Korang buang merata-rata,
ibarat menjemput mereka datang jamuan kahwin la. Macam mana aku tau apa
perempuan buat di asrama tu?haha..usah ditanya..nanti korang pulak yang takut
nak kawan dengan aku.
Oleh itu, aku nak nasihat la pada
korang-korang yang masih duk asrama ni samada asrama sekolah or asrama
universiti. Jaga la sikap korang tu. Jangan nak suka sangat lah..Kebersihan
diri and sekeliling pun kena jaga sebab hantu suka pada perempuan busuk. Kami
lelaki spesis manusia suka perempuan wangi jer. Hehe..
Ok lah, dah jadi panjang pulak entry aku
kali ni. Lantak ah panjang pun..Malas la aku nak edit. Korang baca jelah sampai
abis. Tapi kalau korang tengah baca ayat ni, maknanya korang dah baca sampai
abis la kan?haha..
Akhir kata dari aku, jangan biarkan hidup
anda di selubungi misteri.hehe..
Wokeh, ciossu!
p/s: lepas baca entry ni, cuba la tengok
kat luar tu kot ada yang mengintai..






8 comments:
comel-comel hantu dye :P
atu mak limah blk umah ..seram2
wah malam jumaat..hiih...ada kisah gak gara2 terlupa malam ni..hihi
tlg la tgk2...hihi...http://epuldecay.blogspot.com/
haha naseb bek pace pagi jumaat ! :D haha nice entry :) pernah dengar tak , perbualan konon antara manusia dan hantu, 'ehh hantu, kenapa hantu suka kacau perempuan melayu ? perempuan india cina, korang tak kacau pulak ?' hantu tu jawab, 'sapa bilang gadis melayu tak menawan :D' haha
@nia: kate la comel..mari sekor mlm ni bru tau
@hazlan: seram eh kak limah?cute kot..haha
@orsonero: kisah hantu ke?hehe..jgn biar hidup diselubungi misteri
@munirah: pernah dengar..tp memang betul hantu suka kacau perempuan melayu.pelik kan?
erkkkk!, nasib baek sm tengok waktu siang kalau malam leh terkejut gak lah ngn hantu2 tu..hehe
cehhh ! cekbolat tgok hari sbtuu !lgu nsib baik.. kahkahkah..
ni entry fahmi ke nia? @_@
hantu kak limah amcam? hehe.. nice netry.. hehe. jmput bc PUTUS CINTA. J
Post a Comment