Tuesday, 20 December 2011

Perempuan dan pinggan mangkuk


Assalamualaikum wbt...

Kalau tengok pada tajuk, mesti korang dah boleh tau apa aku nak cerita ari ni kan? So,buat apa aku menulis lagi ni? Tak payah la aku cerita lagi sebab korang dah tau pun kan. Ok bye..hehe..


Wooottt!!
Lek lu..nak cerita la ni. Acah sikit jer pun..alahai


Macam mana aku boleh dapat idea nak menulis pasal tajuk ni? Dah nama pun idea, mesti la datang sendiri tanpa di undang kan. Tiba-tiba jer ia datang melayang and singgah kat hotak aku ni. Masa aku tengah syok makan nasik pulak tu. Nasib baik tak datang masa tengah berak. Kalau tak, aku nak tulis camne? Haha..Mungkin jugak idea tu datang lepas membaca blog Cik Liyana ni yang mempromosikan ibu beliau. So aku tulis dulu tajuk besar dia dalam reminder phone ni supaya boleh aku tulis bila balik nanti. *untuk rekod, aku guna nokia 3310 jer.


camni la lebih kurang phone aku
hasil curi dari sini: Blog Cik Liyana



Okeh,terus kepada cerita utama


Kalau korang perasan, mak korang-korang ni mesti ada simpan koleksi pinggan mangkuk dalam almari kaca kan? Almari tu pulak mesti duk kat tempat yang senang orang nampak. Dekat ruang tamu or tepi meja makan contohnya. Kalau tak banyak,sikit pun mesti ada. Sama la macam mak aku. Koleksi pinggan banyak tapi jarang guna. Dah macam-macam jenama ada. Arcopal la,Melamin la,Pyrex la,ape la..So,what’s the point of this?Beli banyak-banyak tapi tak guna? Ada sape-sape boleh jawab?

Gambar hiasan semata-mata

So dari situ aku buat kesimpulan bahawa perempuan ni memang suka mengumpul pinggan mangkuk la kot. Masa aku kecik-kecik dulu, tempat yang selalu orang borong set pinggan mangkuk ni dekat Rantau Panjang,Kelantan. Murah agaknye..Aku tak tau sebab aku tak ambik port sangat. Masa tu fikir seronok jer sebab dapat jalan-jalan. Maklum la kan..bebudak. Asal dapat mainan,diam la.*teringat mainan Power Rangers aku kecik-kecik dulu..hehe..


Contoh jer ni..aku punye dulu kaler biru


Bila aku dah besar sikit, aku dah mula pandai mempersoalkan hobi mak aku  mengumpul pinggan banyak-banyak ni. *calon anak derhaka aku ni..haha . Untuk memudahkan pemahaman, kita ikuti perbualan aku dan mak aku di bawah ni yang dilakonkan semula dengan skrip yang di olah semula agar menepati standard bahasa kebangsaan..yela,kalau aku tulis bahasa Terengganu,korang melopong pulak nanti kan...So, mari kita ZASSS..*tangan ke atas ala-ala rancangan Melodi*



Aku: Ma beli pinggan mangkuk banyak-banyak ni bila nak pakai? Tengok duk dalam almari tu jer tak kuar-kuar pun? 

Mak aku: Nanti ada orang mari baru la ambik pakai. Kita guna pinggan biasa jer dah la. 

Aku: Tapi bila orang nak mari tu? 

Mak aku: Nanti raya ke ada la orang mari. Masa tu boleh la nak wat kuar 

Aku: Ooo....*aku nak lawan lagi masa ni tapi tak nak jadi anak derhaka,aku batalkan hasrat tu



Ok,dah faham? Kalau tak faham,biar aku explain sikit. Kiranya fungsi pinggan mangkuk banyak-banyak tu nak menunjuk kat tetamu la. Lagi best kalau set pinggan mangkuk tu susah nak dapat kat mana-mana. Senang cakap, rare punya la. So, nanti kalau ada tetamu datang rumah, dorang akan nampak la set pinggan mangkuk yang konon mahal bersusun-susun tu.


“Eh eh..lawanya pinggan ni. Mana beli ni..mesti mahal kan?”*masa ni tangan dah bukak almari ni nak ambik pinggan* 

“Takde la..beli kat Rantau Panjang ni. Masa tu jual murah. RMxxx jer..hehe” *muka bangga* 

“Eh, yeke.. Nanti boleh la ajak cik abang pergi beli kat sana jugak.Kan bang? 

“Yela..nanti kita borong la 2,3 kotak.” <== laki si tetamu


Masa ni bukan main bangga la si tuan punya ni. Mau tak bangga, kena puji tadi kan..haha..Hakikatnya tuan rumah pun tak pernah makan guna pinggan tu, makan guna pinggan murah jer. Alih-alih tetamu pulak makan pinggan mahal. Memang NICE!! Haha..


Tapi ni cerita masa aku kecik la. Sekarang ni mak aku dah tak obsess dengan pinggan lagi walaupun masih ada koleksi-koleksi pinggan yang belum diguna. Yang dah pecah sebelum sempat guna pun ada. Haha.. Kenapa dah tak obsess? Jangan ditanya pada aku. Sebab bagi aku perempuan ialah spesis yang agak kompleks untuk difahami sikapnya.heh..


Well, zaman pun dah berubah. Begitu la juga manusia yang berada dalam zaman sekarang ni. Perempuan sekarang dah tak minat kumpul barang-barang camni. Minat kumpul handbag Hermes Birkin,kasut tumit 10 inci,baju bajan dan yang sewaktu dengannya pulak. Kalau kumpul barang-barang bundle ke,ok la jugak kan. Tapi kalau minat beg Birkin, tak ke naya?haha..banyak belanjanya tu cik kak oi..kesian la para lelaki ni nak melayannya.

Beg Hermes Birkin

Ok lah, dah panjang aku membebel..Aku nak masuk tido pulak ni.
Akhir kata dari aku,kita jumpa lagi di entry akan datang.


Wokeh,ciossu!


p/s: aku harap jodoh aku bukan jenis pengumpul barang-barang ni..boleh rabak poket beb..haha

11 comments:

CekbOlat-bOlat said...

haha.. yg tak nak tu kite dpat =P

anyway.. mnrut hkum kne pkai jugak.. tak ley simpan buat hiasan.. my mom ckp la.. tapi cekbolat dok tgok almri tuh tak usik2 pun =,="

limited katanya.. hooo

:: Into The New World :: said...

sama laa ngan umi..walopom sy pmpuan sy x minat tu sume..
hehe.. pinggan mangkuk dye bukan main byk, yg nak kena cuci, lap nnti,..anak dye ni laa..huhu

Papa PUSS said...

wah banyak pinggan mangkuk..
nak sedozen gak haha..


BTW dah follow here..
Hope hit me back.. Thanks....:)

ainol akasyah said...

paling benci tengok pinggan mangkuk yang dok tersusun je dlm lemari..err bile tnye je msti mak kate nanti senang kalau ade kenduri..haishhh mase kenduri jeke nak pakai :)

Papa PUSS said...

cat mmg awak cakap easy tp rabbit lg easy utk dijaga.. ;)

fahmi said...

@cek bolat: mmg gune tp jrg2..

@new world: skali skale tlg mak.nt nk jd bini org plk.hehe

@papa puss: err..ade ckp pasal kucing ke?

nia marlissa said...

@fahmi,papa ckp psl rabbit n kucg sbb nia g komen psl tuh dekt blog dye.. dye crta about rabbit ... so comel

shahsyaz said...

pinggan dan perempuan,
nseb x mnt nk kumpul pinggan, mangkuk, gelas, everything about kaca, :P

mylovely-cats.blogspot.com said...

Salam nia,

macam mak kita gak suka sangat buat koleksi pinggan mangkuk..itu masa zaman dulu-dulu la tapi skrg ni buat koleksi emas kot...hu3...anyway nice blog & info to sharing..

BTW kami dah follow blog nia, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye...ahaks.. :-)

www.mylovely-cats.blogspot.com

fiezah91 said...

haha.. sama la kot ngan mak kita. haha.suka beli pakainya tak. =="

hawiz said...

pehh..penuh pggn