Saturday, 17 December 2011

Bila Fahmi membebel


Assalamualaikum wbt…..

Apa khabar kamu,kamu and kamu?
Sihat sejahterakah semua? Bagus..
Selamat bertemu kita dalam entri aku yang pertama..skima gila ayat..heh


“Eh, aku salah blog ke ni?Ni sape pulak tetibe jer datang menyemak kat sini ni?”


Hohoho..aku tau apa yang bermain difikiran korang. Korang tak silap blog pun,memang betul la korang masuk blog ni. Blog kepunyaan si nia marlissa hery tu..haha..


Aku la yang disebut-sebut oleh si nia ni kat entry sebelum ni. Orang yang bakal memporak-porandakan dan menjahanamkan blog yang baru nak kenal dunia ni..Nasib la kan,dia yang suruh aku jadi penjaga blog ni.muahahaha *gelak jahat*…padan muka!


habis la blog ni nanti..muahaha

Ah,banyak cakap pulak aku. Nama pun tak bagitau,tiba-tiba membebel pulak lebih. Aku pun malas nak kenalkan diri ni. Dah macam budak-budak baru masuk sekolah pulak nak kena buat karangan pasal diri sendiri. Kena story nama,umur,duduk mana,alamat rumah sume tu. Sedangkan si nia ni pun tak tau lokasi aku,inikan pulak korang yang aku tak berapa nak kenal pun kn?haha..cukup la korang tau nama aku Fahmi (bukan nama sebenar). Yang lain-lain tu,tengok lah kalau aku ade mood,aku cite lah lain kali..(ade lain kali ke?haha)


Aku tau korang tak kenal aku..aku pun tak kenal korang jugak. Tapi sebab member korang,si nia tu suruh aku menaip satu entry,maka terpaksa la aku menaip dalam keadaan tak ikhlas..Ya,tak ikhlas..


“Kalau tak ikhlas kenapa tulis jugak?”


Haha..sebab member korang la. Siang malam duk suruh aku sama-sama menyumbang kat blog dia neh sampai otak aku pun dah serabut,taik telinga pun dah cair, mulut pun dah naik letih asyik menolak, dengan hati yang agak berat, so aku ikutkan ajelah.

tiba-tiba kena tulis blog pulak..*sigh*

And by the way, kalau korang suka aku menulis, Alhamdulillah la. Nanti boleh la terus ke bawah kat bahagian komen tu and komen banyak-banyak. Kalau ada ape-ape aku boleh ubah,aku buat la kan. Kalau tak suka pulak, aku peduli hape kan. Bukan blog aku pun..hehe


Perh..
Panjang gile mukadimah aku.


Ok lah,terus kepada isi utama.

Aku pun sebenarnya tak faham apa bestnya ada blog ni?Dah macam wajib pulak tiap orang ada blog..Dah jadi semacam trend zaman sekarang ye?Budak-budak sekolah yang belajar pun tak habis lagi,yang baru baligh semalam tu pun dah sibuk ber’blog’ dengan gambar pakwe/makwenya bersepah-sepah..Banyak betul masa free korang kan nak maintain blog ni?(ada yang terasa ke?kih kih kih) Sedangkan aku yang hidup agak lama ni pun tak tau camne nak blogging ni,tup-tup kena buat entry untuk blog orang pulak..


Tak kisah la tu kan. Aku juz menyumbang entri jela.. Segala design,gadget,maintenance or ape-ape la yang korang nampak dalam blog ni adalah hasil kerja nia semuanya.. Aku tak campur pun.


So,lepas fikir-fikir skit,maka terhasil  la penulisan aku yg pertama dalam blog ni. Bertuah la korang jadi pembaca pertama hasil tulisan aku..heh..tahniah la utk korang. *tepuk-tepuk*


Tahniah!!

Macam yang nia bagitau semalam kat korang, aku ni agak sibuk jugak la dengan urusan seharian. So aku tak boleh la menolong mengupdate selalu. *malas sebenarnya..hehe Banyak lagi kerja lain yang aku boleh buat selain menghabiskan masa mengupdate blog orang lain. Kalau blog aku sendiri tu takpe la jugak nak update selalu. Heh..


“Abis tu buat la blog sendiri..”


Hehe..sebab aku malas nak manage blog,so biar la dulu kan. Mana la tau satu hari nanti hati aku terbukak ke nak buat blog sendiri, aku buat la. Buat sekarang ni aku nak menyemak jer dulu kat sini..hohoho..


Hurm.. Dah banyak masa aku terbazir di sini ni. Baju busuk dah 2 minggu tak basuh tu, kalau dilayankan rasa malas, mau kena postpone minggu depan ni..Aku nak pakai apa nanti?boxer?woha..seksi siot!! Apatah lagi transport kesayangan aku tu. Kesian la kat beliau lama tak mandi. Maklum la,musim hujan sekarang ni. Tak sempat seminggu dah kotor balik..DAMN!!


ni bukan aku punya..gambar hiasan

Hurm,apa lagi aku nak bebel yer. Banyak benda aku nak cakap, nia dah cakap dulu.

So, maknanya aku kena stop sampai sini la kan? Sebab aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Aku pun dah penat tulis panjang-panjang sebenarnya. Bukan ade isi pun kan. Membazir masa korang jer baca apa aku tulis ni.haha.. Ok lah, aku nak pergi basuh baju and memandikan ‘baby’ aku ni. Till next time yeah?


Akhir kata dari aku, korang jangan percaya sangat nia membebel tu. Gebang jer lebih tu..haha


Wokeh,ciossu!


p/s:  aku tak pandai menulis ayat best-best..so,aku guna gaya bahasa aku sendiri ye. 

7 comments:

Selendang Merah said...

oke apa nie..x sangka aku first baca..haha..serius best teruskan menulis..

Liyana Ramli said...

peh! nak buat fan page utk fahmi!

fahmi said...

@selendang merah: thx..tgk la klau ade mse aku tulis la.hehe..

@cik liyana: wah2..menyenyes ke 2?

Anonymous said...

best lah entri nih . saya peminat no 1 awk lah. nanti selalu lah update

CekbOlat-bOlat said...

muahmuah.. love Fahmi ! wewwittt

fahmi said...

@Cekbolat: fewwit..

fiezah91 said...

wah wah.best la ada raakan kongsi menaip blog.hahaha