Saturday, 31 December 2011

Goodbye 2011, Welcome 2012


Assalamualaikum wbt…


Sedar tak sedar dah nak habis tahun 2011 dan kita akan masuk pulak ke tahun 2012. Sekejap betul masa berlalu meninggalkan kita. Peh, ayat cliché gila..haha..lantak la. Aku nak guna jugak walaupun dah basi.  Cuti sekolah pun tinggal berapa hari jer lagi. Budak-budak pun dah tak sabar nak masuk sekolah, dah lama tak jumpa mata air kan. Rindu la tu kononnya. Eleh,macam la aku tak tau..Aku pun pernah melalui fasa tu la. Cuma bezanya aku tak sabar jumpa cikgu aku..hehe..Nasihat aku, belajar dulu ye dik.Cintan cintun ni tolak tepi dulu. Tak ke mananya cinta monyet korang tu.

Lamanya tak jumpa sayang..Baby rindu tau

Bila cuti sekolah nak habis bermakna musim mengawan pun dah sampai ke hujung. Ala, musim orang kahwin la. Saja aku guna bahasa lain sikit. Hehe.. Yelah kan, musim cuti sekolah jela ramai orang buat kenduri kahwin. Senang sikit nak cari tenaga kerja murahan. *suruh budak-budak buat kerja amal*


Ok lah..Kalau cakap pasal tahun baru jer, orang mesti akan cakap pasal azam. Tak bosan ke asyik cakap pasal azam jer tiap tahun? Asyik tanam azam jer di tahun baru tapi azam tu ditanam terus la. Takde hasil dari keazaman tu. Azam nak buat tu, nak buat ni tapi ntah ke mana la azam-azam tu. Tak menjadi sangat pun.. Tapi kalau azam untuk berubah jadi lebih baik, itu bagus. Jangan berazam benda bukan-bukan macam sudah la.

Berubah ke arah lebih baik

Kalau bagi aku, sebenarnya aku tak suka berazam ni. Sebab dah tau takkan tercapai punya. I’m just a simple minded beings. Tak nak serabutkan kepala on the petty stuffs..


Dan malam ni jugak, akan berduyun-duyun la manusia berkumpul beramai-ramai sambil mengira detik pukul 12. Lepas tu bersorak ramai-ramai dah macam apa dah. Aku takde masalah pun dengan korang nak berkumpul ramai-ramai. Pergi la, takde orang marah. Aku pun pernah keluar masa malam tahun baru tapi sekadar nak tengok gelagat manusia jer la. Best kot tengok orang ni..hehe..

Gambar hiasan

Tapi yang jadi masalahnya ialah bila bulan 9 tahun depan, akan penuh la hospital dengan perempuan nak bersalin. Surat khabar pun penuh dengan berita pasal buang anak jer. Kalau korang tak percaya, tengok la nanti bulan 9/2012 nanti. Penuh keyakinan aku kata ni.. Jangan ingat pakwe korang tu baik sangat. Di sebalik muka jambu, macho, hensem pakwe korang tu, tersembunyi seekor setan. Sebab apa aku kata camtu? Sebab kalau dia baik, takdenya dia nak ajak korang keluar lewat malam pergi tempat camtu. Tapi kalau korang nak pergi jugak, pergi la. Takde kena mengena dengan aku pun..heh

Muka depan akhbar 9 bulan lagi

Aku pun malas nak nasihat lebih-lebih sebab dah ramai pun orang bagi nasihat. Nasihat yang sama jugak pun.  Jangan balik lewat, jangan duk tempat sunyi, jangan itu, jangan ini..Agaknya orang pun dah naik muak dengar benda yang sama. Korang ada otak, ada akal, so lu pikirlah sendiri.


Akhir kata dari aku, jom kita ke Countdown 2012..Dekat jer ni dengan Dataran Merdeka tu. Artis pun ramai datang. Free pulak tu..


Wokeh,ciossu!


p/s: ni entry aku paling pendek kot setakat ni..

8 comments:

mohdhazlan Dreadlock said...

slmt thn baru ..:D

hawiz said...

selamat tahun baru...

CekbOlat-bOlat said...

ha`ah.. btul tu.. bln september thun dpan pnuh la hspital.. org brsalin.. -_-

slmat thun baru !

Phat said...

selamat tahun baru

Selendang Merah said...

malam buat anak...ahak3...:p

selamat tahun bawu

wanblur - Shazwan Azizan said...

join la.. x kisah. join la :)

Lizzie Yasmin said...

Dah tahun baru dah pun, time aku comment nie..

Original CikTeddy said...

slmt taon baru kwn..wlaupun aku x smbut..hehe