Assalamualaikum wbt….
Lama rasanya aku tak terbitkan entry. Lama ke?hehe.. Maklum la, sibuk sikit kebelakangan ni.
Projek banyak masuk..heh heh heh..Hari tu aku ada terbitkan satu entry tapi
terpaksa pulak ditarik balik lepas adanya hal yang berbangkit. So pada
sape-sape yang sempat baca tu, tahniah la aku ucapkan . Yang tak sempat, padan
muka korang sebab lambat sangat ambik tau.haha..Aku tak kisah pun sebenarnya
entry kena tarik balik. Kata orang, dari menimbulkan masalah pulak di kemudian
hari, baik aku ambik tindakan bijak.. Kepada yang berkenaan, belajar lah untuk
jadi lebih matang.
Huh,apa aku merepek ni? Apa aku nak cerita malam ni? Aku pun tak
tau..haha..Takde la, entry aku malam ni pasal “Kenangan Persahabatan Masa
Sekolah Rendah” sempena segmen yang di anjurkan oleh blogger ini. Si owner blog, Nia pulak merayu-rayu mintak aku join(asal dia tak join sendiri je
kan?masalah betol la minah ni)..Kesian punya pasal, aku
cerita la sikit kejahatan aku masa kecik. Sikit jer la. Nanti kalau aku cerita
banyak, korang pulak takut dengan aku..Ceritanya bermula begini………..
Aku baru darjah 2 masa tu kalau tak silap. Darjah 2 tu umur 8 tahun
la kan? Yes.. 8 tahun. Dalam kelas aku
dulu, aku duk sebelah budak laki ni. Robi nama dia..Nama penuh dia ni aku dah
lupa.Belakang aku ada 2 orang budak perempuan nama Alya dan Wani (hebat
betol ingatan aku ingat nama sorang-sorang..hehe). Alya
tu badan besar ala-ala adik Giant gitu(or aku yang
kecik kot masa tu..sekarang aku dah besar.haha..)Yang
paling comel dalam kelas aku ni Wani la. Bagi aku la kan.. Aku dengan Robi
selalu kacau dorang ni especially Wani ni. Gigi arnab dia tu comel
betul..haha..
Oppp!! Bukan kisah cinta aku dan Wani aku nak cerita ni..Kisah Wani
tu private beb,tak boleh cerita lebih-lebih..Cerita dia baru nak start
ni.hehe..
Ok,dalam kelas aku jugak ada 2 orang budak Cina. Perempuan. Dua-dua
sangat la berlagak tak hengat. Sorang ketua kelas, sorang lagi penolong ketua.
Aku dengan Robi ni memang dah lama hangin dengan budak dua orang ni. Bila cikgu
takde, mula la dorang ni tunjuk kuasa. Satu hari tu, cikgu takde so aku dengan
Robi ni main-main sambil buat bising. Then, datang budak 2 ekor ni, dengan bulu
ayam yang besi tu, di libasnya aku dengan Robi ni. Sakit siot..libas tang besi
tu. Tak guna betol..Nak dijadikan cerita, budak dua ekor ni keluar pergi tandas
nak kencing. Maka bermula la plan jahat aku dan Robi..Tak puas hati punya
pasal, kitorang follow budak 2 ekor ni pergi tandas tapi takde la masuk sekali.
Gila ko nak masuk sekali watpe..Kang kena libas lagi sekali seronok jugak kan.haha..
![]() |
| contoh bulu ayam besi (sumber) |
Then, dan-dan tu jugak mata kitorang ternampak lubang kat luar
tandas tu..hehehe….
Robi: Weh, tu ada lubang tu. Skodeng dorang jom?
Aku: Eh,tak nak r aku..Nanti kena tangkap saja jer.. (aku
budak baik beb)
Robi: Alah,takde apa la..Dorang libas kita tadi.Kita kenakan la
dorang balik..
Aku: Hurm..Yelah…(rela dalam terpaksa ni)
Aku dan Robi pun try la tengok ikut lubang tu. “Hurm,gelap jer
ni..Mana dorang ni?”,aku tanya Robi. “Ko diam la..”,pendek jer mamat tu jawab.
Tiba-tiba, aku nampak la 2 susuk tubuh manusia dalam tandas tu. Baru nak masuk
dalam tandas..hehe..”Oo,ada pun korang yer..”,aku kata dalam hati. Ada gak
dalam 5 minit camtu aku duk mengendap ikut lubang tu. hehe..
Tiba-tiba…..
“HOI!!! Korang buat apa tu?Korang skodeng ye? Aku report cikgu!!”
Ah,sudah..Ada pengawas nampak la pulak. Masak aku kali ni.. Tapi Robi
rilek jer aku tengok..Aku pun rilek jugak la.Aku tak kenal pun pengawas tu, so
kalau ikut logiknya takkan la dia kenal kitorang kan. Tapi ternyata kitorang
silap.. Dia kenal nama aku dan Robi. Aku dah pasrah je masa tu..Apa nak
jadi,jadi la. Dia ambik nama penuh siap dengan bin lagi, then dia suruh kitorang
blah masuk kelas.
Seperti dijangka, masa rehat kitorang kena panggil dengan cikgu dan
kena libas pulak dengan pembaris kuning..Sedap gak kena libas 2 kali dalam
sehari..Nasib baik cikgu tu tak repot kat ma dan abah aku. Kalau tak, lagi
bertambah sedapnya.hehe..Robi lagi cool. Takde tanda-tanda penyesalan di muka
dia. Wa salute sama lu bro..Hati lu memang kering. Haha..Hujung darjah 2 aku
kena pindah sekolah ikut family. Sampai sekarang aku dah tak tau apa nasib si
Robi ni. Tak lupa jugak pada si Wani..hehe..
![]() |
| Sedap kot kena benda ni sedas dua (sumber) |
Kepada Robi, kalau ko baca cerita aku ni, cari aku balik eh? Kita
skodeng lagi kat tempat lain pulak..haha.. Satu lagi, ko janji dengan aku nak
tunjuk baju Batman ko kan? Sampai aku pindah sekolah pun ko tak tunjuk. Aku
tuntut janji mu nanti..
Sekian saja la kisah aku di sekolah rendah. Tu baru satu dari banyak
kisah aku. Lain kali aku cerita lagi kalau rajin..hehe..
Wokeh,ciossu!
p/s: korang tak payah la tanya apa aku nampak masa mengendap
tu..memang sengaja aku biarkan korang berimaginasi sendiri..heh heh heh





