Saturday, 25 February 2012

Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah


Assalamualaikum wbt….


Lama rasanya aku tak terbitkan entry. Lama ke?hehe.. Maklum la, sibuk sikit kebelakangan ni. Projek banyak masuk..heh heh heh..Hari tu aku ada terbitkan satu entry tapi terpaksa pulak ditarik balik lepas adanya hal yang berbangkit. So pada sape-sape yang sempat baca tu, tahniah la aku ucapkan . Yang tak sempat, padan muka korang sebab lambat sangat ambik tau.haha..Aku tak kisah pun sebenarnya entry kena tarik balik. Kata orang, dari menimbulkan masalah pulak di kemudian hari, baik aku ambik tindakan bijak.. Kepada yang berkenaan, belajar lah untuk jadi lebih matang.



Huh,apa aku merepek ni? Apa aku nak cerita malam ni? Aku pun tak tau..haha..Takde la, entry aku malam ni pasal “Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah” sempena segmen yang di anjurkan oleh blogger ini. Si owner blog, Nia pulak merayu-rayu mintak aku join(asal dia tak join sendiri je kan?masalah betol la minah ni)..Kesian punya pasal, aku cerita la sikit kejahatan aku masa kecik. Sikit jer la. Nanti kalau aku cerita banyak, korang pulak takut dengan aku..Ceritanya bermula begini………..


Aku baru darjah 2 masa tu kalau tak silap. Darjah 2 tu umur 8 tahun la kan? Yes.. 8 tahun.  Dalam kelas aku dulu, aku duk sebelah budak laki ni. Robi nama dia..Nama penuh dia ni aku dah lupa.Belakang aku ada 2 orang budak perempuan nama Alya dan Wani (hebat betol ingatan aku ingat nama sorang-sorang..hehe). Alya tu badan besar ala-ala adik Giant gitu(or aku yang kecik kot masa tu..sekarang aku dah besar.haha..)Yang paling comel dalam kelas aku ni Wani la. Bagi aku la kan.. Aku dengan Robi selalu kacau dorang ni especially Wani ni. Gigi arnab dia tu comel betul..haha..


Oppp!! Bukan kisah cinta aku dan Wani aku nak cerita ni..Kisah Wani tu private beb,tak boleh cerita lebih-lebih..Cerita dia baru nak start ni.hehe..


Ok,dalam kelas aku jugak ada 2 orang budak Cina. Perempuan. Dua-dua sangat la berlagak tak hengat. Sorang ketua kelas, sorang lagi penolong ketua. Aku dengan Robi ni memang dah lama hangin dengan budak dua orang ni. Bila cikgu takde, mula la dorang ni tunjuk kuasa. Satu hari tu, cikgu takde so aku dengan Robi ni main-main sambil buat bising. Then, datang budak 2 ekor ni, dengan bulu ayam yang besi tu, di libasnya aku dengan Robi ni. Sakit siot..libas tang besi tu. Tak guna betol..Nak dijadikan cerita, budak dua ekor ni keluar pergi tandas nak kencing. Maka bermula la plan jahat aku dan Robi..Tak puas hati punya pasal, kitorang follow budak 2 ekor ni pergi tandas tapi takde la masuk sekali. Gila ko nak masuk sekali watpe..Kang kena libas lagi sekali seronok jugak kan.haha..

contoh bulu ayam besi (sumber)

Then, dan-dan tu jugak mata kitorang ternampak lubang kat luar tandas tu..hehehe….


Robi: Weh, tu ada lubang tu. Skodeng dorang jom?
Aku: Eh,tak nak r aku..Nanti kena tangkap saja jer.. (aku budak baik beb)
Robi: Alah,takde apa la..Dorang libas kita tadi.Kita kenakan la dorang balik..
Aku: Hurm..Yelah…(rela dalam terpaksa ni)


Aku dan Robi pun try la tengok ikut lubang tu. “Hurm,gelap jer ni..Mana dorang ni?”,aku tanya Robi. “Ko diam la..”,pendek jer mamat tu jawab. Tiba-tiba, aku nampak la 2 susuk tubuh manusia dalam tandas tu. Baru nak masuk dalam tandas..hehe..”Oo,ada pun korang yer..”,aku kata dalam hati. Ada gak dalam 5 minit camtu aku duk mengendap ikut lubang tu. hehe..


Tiba-tiba…..


“HOI!!! Korang buat apa tu?Korang skodeng ye? Aku report cikgu!!”


Ah,sudah..Ada pengawas nampak la pulak. Masak aku kali ni.. Tapi Robi rilek jer aku tengok..Aku pun rilek jugak la.Aku tak kenal pun pengawas tu, so kalau ikut logiknya takkan la dia kenal kitorang kan. Tapi ternyata kitorang silap.. Dia kenal nama aku dan Robi. Aku dah pasrah je masa tu..Apa nak jadi,jadi la. Dia ambik nama penuh siap dengan bin lagi, then dia suruh kitorang blah masuk kelas.


Seperti dijangka, masa rehat kitorang kena panggil dengan cikgu dan kena libas pulak dengan pembaris kuning..Sedap gak kena libas 2 kali dalam sehari..Nasib baik cikgu tu tak repot kat ma dan abah aku. Kalau tak, lagi bertambah sedapnya.hehe..Robi lagi cool. Takde tanda-tanda penyesalan di muka dia. Wa salute sama lu bro..Hati lu memang kering. Haha..Hujung darjah 2 aku kena pindah sekolah ikut family. Sampai sekarang aku dah tak tau apa nasib si Robi ni. Tak lupa jugak pada si Wani..hehe..

Sedap kot kena benda ni sedas dua (sumber)

Kepada Robi, kalau ko baca cerita aku ni, cari aku balik eh? Kita skodeng lagi kat tempat lain pulak..haha.. Satu lagi, ko janji dengan aku nak tunjuk baju Batman ko kan? Sampai aku pindah sekolah pun ko tak tunjuk. Aku tuntut janji mu nanti..


Sekian saja la kisah aku di sekolah rendah. Tu baru satu dari banyak kisah aku. Lain kali aku cerita lagi kalau rajin..hehe..


Wokeh,ciossu!


p/s: korang tak payah la tanya apa aku nampak masa mengendap tu..memang sengaja aku biarkan korang berimaginasi sendiri..heh heh heh

15 comments:

khalila ishak said...

hehee... dua kali sebat dalam masa sehari. kalau robi baca entry ni, boleh jadi jejak kasih dah

Rien Rose said...

hahaha terbaik.. kene rotan 2 kli lak tu.. hahhaa

sha my heart said...

hahaha~ kesian Fahmi kena paksa wat entri ini.

Apa2 pun, terima kasih sudi join =)

suka cerita ni =)

cinta siswi said...

hikhik.. sempoi la.. sweeettt je mengintai.. kecik lg la..

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

sweet jek,,,mcm nak tahu jek kisah ngan wani tu huhu

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

macam mane nak wt header macam kamu tu eh?

TiraPengemis said...

kene rotan??? adoiiii

ayanuts said...

bl bc entry ni teringt zamn skola dl..really miss that moment :)

fahrin said...

sory..tumpang lalu....

Anonymous said...

wassup niamarlissa.blogspot.com blogger found your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your website http://xrumerservice.org they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer most cost effective backlink service Take care. Jason

Anonymous said...

Thanks for your article. It’s very unfortunate that over the last ten years, the travel industry has already been able to to take on terrorism, sars, tsunamis, influenza, swine flu, and the first ever true global tough economy. Through everything the industry has really proven to be powerful, resilient and dynamic, getting new strategies to deal with adversity. There are always fresh challenges and the opportunity to which the marketplace must once again adapt and reply. Payday Loans

Anonymous said...

niamarlissa.blogspot.com discover this info here Solusi kekayaan sistem penciptaan telah menjadi metode yang fenomenal sukses bagi orang-orang untuk memperoleh dan menjual di seluruh dunia , dengan fitur atas banyak bisnis tradisional yang bisa dipotong menjadi keuntungan bagi etalase toko contoh leasing, pencurian masalah rumit lainnya

Anonymous said...

niamarlissa.blogspot.com learn more here 5 ) terakhir Namun , tidak sedikit , saya punya teman yang sangat yang melakukan yang satu , dan mendapat masalah beberapa

Anonymous said...

niamarlissa.blogspot.com weblink Hukum dorongan - Pemerintahan tubuh mulai bertindak untuk memperbaiki masalah ini dengan melewati beberapa undang-undang yang akan menilai penciptaan mesin dan efek samping terhadap alam

Anonymous said...

You're so cool! I do not think I've truly read a single thing like that before. So nice to discover someone with a few unique thoughts on this subject matter. Really.. thanks for starting this up. This web site is something that is needed on the internet, someone with a little originality!

[url=http://truebluepokies4u.com]Truebluepokies4u[/url]