Assalamualaikum wbt….
Dah lama betul rasanya blog ni tak
berupdate dengan entri bertulis. 2 minggu berturut-turut hanya wordless
Wednesday jer yang diupdate. Owner blog ni pun dah menghilang entah ke mana.
Tapi aku rasa takde masalah kot coz blog ni takde la ramai follower yang
mendambakan update-update terbaru dari owner dia kan? Atas dasar belas kasihan,
aku pun try la update blog ni skit-skit.. Hujung minggu gini, takde buat apa,
banyak masa free katakan. Tapi aku nak update apa pun aku tak tau sebenarnya…
Ok lah, semalam aku jalan-jalan dengan
‘member’, nampak agak ramai jugak la girls yang pakai heels. Then aku terfikir,
tak sakit ke pakai menatang alah tu?
“Ko laki, mana la paham apa pompuan rasa
weh..”
Well, betul la aku sorang lelaki so secara
logik akalnya aku tak faham kan?(*yes, I’m a guy btw. Ramai yang tak perasan
aku mengupdate 2,3 entry sebelum ni..haha*) Tapi walaupun dari pandangan sorang
lelaki macam aku ni, aku tau mende tu menyakitkan kaki anda. Secara
analoginya, aku tak perlu terjun dari tingkat 3 hanya sebab nak tau jatuh dari
tingkat 3 tu sangat menyakitkan. I just know ok? Sometimes we don’t need to feel it so that we
can understand it. So, aku tak faham la kenapa masih nak pakai walaupun sakit.
Adakah korang ni kaum yang sukakan kesakitan? Kalau yer, boleh la join
Thaipusam tak lama lagi, kasi cucuk sana sini sikit..heh heh
Macam si owner blog ni pernah bagitau dulu,
dia pakai heels sebab nak lebih tinggi dari orang lain? Penting ke jadi tinggi?
Kalau setakat nak jadi tinggi jer,pakai terompah pun tinggi jugak apa..haha..
Tapi tahukah korang yang menggunakan heels ni membawa mudarat kepada kaki anda?
Perh, ayat macam sial jer..haha.. So atas alasan apa aku kata membawa mudarat?
Meh sini aku nak explain..
Korang tengok gambar ni dulu..
Dah tengok? Dah faham?
Aku tau korang tak paham.. Sebab tu aku nak
explain ni. Aku explain bahasa senang jela. Sebab aku pun tak paham bahasa
susah ni. Dalam gambar kat atas ni, korang boleh tengok bagaimana tulang si
pemakai ni membengkok.. Korang belajar fizik kan? Yang tak ambik fizik tu,
buat-buat tau jela. Luas permukaan kecik jer untuk yang pakai kasut jenis camni. Berat badan korang sepatutnya
disebar sama rata ke tapak kaki tapi tu semua pergi kat jari kaki depan. Bayangkan
jari kaki yang kecik tu nak tampung berat badan korang yang sememangnya berat
tu. Kesian mereka kan?
Abis tu apa jadi kalau pakai gak? Err, mana
la aku tau..bukan aku pernah pakai pun. Korang yang pakai la patut tau..Tapi
sebab aku rajin buat kajian, aku bagitau la jugak kesan dia macam kat bawah ni..
- Sakit tulang belakang
- Sakit kepala
- Sakit tumit
- Sakit leher
- Kecacatan kaki
![]() |
| Contoh kaki yang cacat |
Cukup la tu kot. Banyak lagi sebenarnya
tapi aku dah malas. Nampak tak macam-macam sakit tu? So apa kata korang? Kalau
apa yang korang pakai tu worth the pain, keep doing that and give it time, the effect will take place..
Masa tu, tanggung sendiri la akibatnya.heh..
Aku rasa sampai sini jela kot kelas
kesihatan kita untuk hari ni. Kita jumpa lagi next class.. Aku nak sambung tido
balik ni. Aku tinggalkan kasut ni untuk korang yang minat heels dan mau nampak tinggi..heh
Ciossu!
p/s: aku rasa perempuan yang pakai flat
agak sweet..hehe




11 comments:
sy pki selipar jepun jew =.="
kdg2 je pki kasut tinggi, tuh pown sbb nk pergi kenduri kawen, :)
xpenah pakai heels....sbb hawiz lelaki...hehehee...soo..xtau la best ke tak
sweetnya saya pakai flat
hahah
pakai selipar jepown lagi best xde sakit2 n murah pulakk 2 ! hahahah
pakai slpar lagi best :) kan?
kakai kita lenguh2 lau pkai heels..conform kna mengurut lpas tue..hehe..lebih selesa pkai sandal.btw,dah folllow u dear..
pmpn pakai selipar jepun sungguh cool dan ohsem..haha..sandals too.
@susulemakmanis:kakai?hehe..i got ur point btw.
apa kaitan thaipusam dengan benda ini ?? ikut suka diorang la nak buat apa..mesti diorang tahu keburukanya.....nak kait dengan cucuk cucuk buat apa ??
Boley je pakai..tp jgnla pakai yg bnyk inci sgt..pmpuan nmpak confident if pakai heels taw.
da terlebih tinggi tak boleh nak pakai heels lagi sobsobs
menyusahkan diri je semua tu..sakit lagi, bukan comel pun
Post a Comment