Assalamualaikum wbt…
Bertemu lagi kita dalam entry yang ke sekian kalinya di
malam Jumaat yang sungguh indah dan hening ni. Apa khabar readers-readers
sekalian? Harap sihatlah hendaknya ye? Eh,terformal pulak mukadimah aku malam
ni. Kena sampuk dengan hantu ke apa ni? Hantu yang suka keformalan kot..Ok,
imbas kembali, dalam entry yang lepas aku ada ajar korang satu benda kan?
Korang praktik tak apa aku ajar tu? Tak
buat? Hadoii..buat penat jer aku mengajar korang kalau korang tak cuba. Susah
eh nak buat? Hopeless betul la korang kalau nak baca Quran pun malas..hehe
Ok lah..mungkin susah sangat kot korang nak praktik apa
aku ajar tu. Kali ni aku ajar cara yang lagi senang pulak. Kalau rasa susah
jugak yang ni, memang aku tak dapat buat apa la. Salahkan diri sendiri sebab
malas mencuba..hehe..Anda dah bersedia? Jom kita tengok apa cara yang senang
tu.. Zassss….
Oooppp!! Chop chop…Sebelum tu, haruslah aku meletakkan
amaran seperti dibawah ni supaya nanti jadi apa-apa takde la korang cari
aku..haha..
Nasihat:
- Jangan cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
- Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan &
kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
- Jangan lakukan jika berseorangan.
- Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
- Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.
- Tidak digalakkan untuk mereka yang bawah umur.
Ha,sekarang baru la korang boleh belajar cara yang
senang tu.. ZAASSSS!!! (lagi sekali)
Cara Pertama:
- Berdiri dan menghadap kiblat..
- Rehatkan badan dan lemahkan segala anggota badan anda. Rileks…
- Selawat 3x
- Kosongkan minda dan baca surah Al-Fatihah 7 kali dan tumpukan pada bahagian tengah kening
- Anda akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
- Turutkan saja arah tangan bergerak... dan buka mata utk melihat..hehe
![]() |
| Boo!! |
Cara kedua:
- Semasa mandi mayat, air mayat melimpah turun kan?Ha, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi. Kalau malu orang nampak, ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
- Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Lepas tu bukak mata dan pandang tepi anda.hehe..
![]() |
| Apa tengok-tengok? |
Cara paling mudah: (untuk wanita)
- Ketika anda period, amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap
ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
- Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik
air/bilik mandi.
Amacam? Senang jer kan untuk dipraktikkan? Boleh la
kalau rasa nak cuba.. Oh ye, sebelum aku lupa, nak bagitau ni part last untuk
segmen melihat alam ghaib. Pasni aku tak nak ajar lagi. Kang ada yang tak tido
malam pulak..hehe..Ok lah,aku berambus dulu. Aku tinggalkan korang dengan ilmu
ni jer. Apa pun, aku menantikan feedback daripada korang..
Wokeh,ciossu!
p/s: korang tak rasa ke malam ni agak sejuk dan
berangin? mungkin perasaan aku jer kot..hihi



33 comments:
perghh gila baq ang :(
masa kamu menaip entri ni, sape sblh kamu? mcm... mcm...
eeeeiii..heeehee
takut lerr :P
nyesal bca tgh2 mlm..grrr
wah .. bestnyer..boleh diamalkan nanti .. wakakaka.
Assalamualaikum.....
Sepanjang pengalaman saya, pernah juga melihat "benda-benda" yang dikatakan hantu...Umumnya mengetahui bahawa ianya adalah jelmaan syaitan.
Antara yang saya pernah alami, semasa balik kampung saya berjalan kami melintasi rumah jiran dan tiba2 ada kain putih terbang, nak kata jiran punya kain mustahil kerana angin langsung tak ada waktu tu.. sampai je dekat dgn saya ia hilang..
dan paling extream yg pernah sy lihat adalah "susuk tubuh" yang menyerupai pengawal keselamatan di bangunan yg menempatkan kedai sy. semasa sy ada kerja di waktu hampir tgh malam, sy nampak "badan" yg seolah-olah pengawal keselamatan yg biasa sy berborak dgnnya berjalan di tepi dinding kaca kedai sy tetapi tanpa kelihatan kepalanya.... aduh aii... seram seh....
ada ker hantu??
jin itu ujud.. fikir2kanlah.....
wahh..biar betik ni
Haha baik kita takyah mengacau mahkluk allah yang lain.
hamboi hamboi..menariknya entry dia...uhuhuuu
pakai x buat la tips ny sowg2 . .
pacak ja bulu roma ny . .
haishhh seram tgh2 mlm blogwalking nie -_-'
rela xbuat....xrela aku nak tgk menda2 gtu..ish ngarot jek la..aishh tetibe lak seram huhuhu
Terima Kasih di atas tips tersebut...Mungkin berguna semasa stress...hahaha
adeh...malam2 tgok gmbr hantu seram la pulak.... akak beli vit C tu rm 75, B-complex rm43 dan vit E rm 119. ini harga ahli... tahan utk 4 bulan. nk beli 1, 1 pun boleh.... klau berminat inform akak tau..hee...
ihhhh macam best je. buat ramai ramai syiok gilak nih. ahh banyak ah aku nak buat , lipas pon takut
penah buat ka ni ? :D
seram nya ..
tak nak buat!
takut~
ayooo. menakutkan je muka2 tuu hahaha :D
hurmm bnayk hantu... waktu siang un leh tahan gak bnyak..hekhek
http://nighberkz.blogspot.com
eeuuuww..hantu!...haha..jgn di buat main silap2 kacau sungguh.hehe
terbaek!!! nk share taw
erkkk,,, gerunnya ~.~
Haha, nasib baik kat sini cerah lag.
http://palereddot.blogspot.com/
perggg,,,cayalah..try la dulu..huhu
issssssshhhh xmo, saye dah laaa lemah semangat...huhuhuuh nak nanges....
tak berani..huhu
eerrrr...dah pernah try sendiri ke?
scrame ,,,
visit morning ,,,
pehh. memang tak la kan... hahha
haritu gua yed2 tapi tak jadi pun? eh. haha
Post a Comment