Assalamualaikum wbt…
Bertemu lagi kita dalam entry yang ke sekian kalinya di
malam Jumaat yang sungguh indah dan hening ni. Apa khabar readers-readers
sekalian? Harap sihatlah hendaknya ye? Eh,terformal pulak mukadimah aku malam
ni. Kena sampuk dengan hantu ke apa ni? Hantu yang suka keformalan kot..Ok,
imbas kembali, dalam entry yang lepas aku ada ajar korang satu benda kan?
Korang praktik tak apa aku ajar tu? Tak
buat? Hadoii..buat penat jer aku mengajar korang kalau korang tak cuba. Susah
eh nak buat? Hopeless betul la korang kalau nak baca Quran pun malas..hehe
Ok lah..mungkin susah sangat kot korang nak praktik apa
aku ajar tu. Kali ni aku ajar cara yang lagi senang pulak. Kalau rasa susah
jugak yang ni, memang aku tak dapat buat apa la. Salahkan diri sendiri sebab
malas mencuba..hehe..Anda dah bersedia? Jom kita tengok apa cara yang senang
tu.. Zassss….
Oooppp!! Chop chop…Sebelum tu, haruslah aku meletakkan
amaran seperti dibawah ni supaya nanti jadi apa-apa takde la korang cari
aku..haha..
Nasihat:
- Jangan cuba jika lemah semangat/sakit jantung.
- Jika anda nampak sekalipun, jangan jadikan ini sebagai amalan &
kepercayaan kepada sesuatu yang boleh memesongkan akidah anda.
- Jangan lakukan jika berseorangan.
- Pastikan ada rakan anda tahu merawat jika berlaku kerasukan.
- Segala yang terjadi adalah tanggungjawab sendiri.
- Tidak digalakkan untuk mereka yang bawah umur.
Ha,sekarang baru la korang boleh belajar cara yang
senang tu.. ZAASSSS!!! (lagi sekali)
Cara Pertama:
- Berdiri dan menghadap kiblat..
- Rehatkan badan dan lemahkan segala anggota badan anda. Rileks…
- Selawat 3x
- Kosongkan minda dan baca surah Al-Fatihah 7 kali dan tumpukan pada bahagian tengah kening
- Anda akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
- Turutkan saja arah tangan bergerak... dan buka mata utk melihat..hehe
![]() |
| Boo!! |
Cara kedua:
- Semasa mandi mayat, air mayat melimpah turun kan?Ha, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi. Kalau malu orang nampak, ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
- Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Lepas tu bukak mata dan pandang tepi anda.hehe..
![]() |
| Apa tengok-tengok? |
Cara paling mudah: (untuk wanita)
- Ketika anda period, amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap
ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
- Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik
air/bilik mandi.
Amacam? Senang jer kan untuk dipraktikkan? Boleh la
kalau rasa nak cuba.. Oh ye, sebelum aku lupa, nak bagitau ni part last untuk
segmen melihat alam ghaib. Pasni aku tak nak ajar lagi. Kang ada yang tak tido
malam pulak..hehe..Ok lah,aku berambus dulu. Aku tinggalkan korang dengan ilmu
ni jer. Apa pun, aku menantikan feedback daripada korang..
Wokeh,ciossu!
p/s: korang tak rasa ke malam ni agak sejuk dan
berangin? mungkin perasaan aku jer kot..hihi


