Saturday, 31 December 2011

Goodbye 2011, Welcome 2012


Assalamualaikum wbt…


Sedar tak sedar dah nak habis tahun 2011 dan kita akan masuk pulak ke tahun 2012. Sekejap betul masa berlalu meninggalkan kita. Peh, ayat cliché gila..haha..lantak la. Aku nak guna jugak walaupun dah basi.  Cuti sekolah pun tinggal berapa hari jer lagi. Budak-budak pun dah tak sabar nak masuk sekolah, dah lama tak jumpa mata air kan. Rindu la tu kononnya. Eleh,macam la aku tak tau..Aku pun pernah melalui fasa tu la. Cuma bezanya aku tak sabar jumpa cikgu aku..hehe..Nasihat aku, belajar dulu ye dik.Cintan cintun ni tolak tepi dulu. Tak ke mananya cinta monyet korang tu.

Lamanya tak jumpa sayang..Baby rindu tau

Bila cuti sekolah nak habis bermakna musim mengawan pun dah sampai ke hujung. Ala, musim orang kahwin la. Saja aku guna bahasa lain sikit. Hehe.. Yelah kan, musim cuti sekolah jela ramai orang buat kenduri kahwin. Senang sikit nak cari tenaga kerja murahan. *suruh budak-budak buat kerja amal*


Ok lah..Kalau cakap pasal tahun baru jer, orang mesti akan cakap pasal azam. Tak bosan ke asyik cakap pasal azam jer tiap tahun? Asyik tanam azam jer di tahun baru tapi azam tu ditanam terus la. Takde hasil dari keazaman tu. Azam nak buat tu, nak buat ni tapi ntah ke mana la azam-azam tu. Tak menjadi sangat pun.. Tapi kalau azam untuk berubah jadi lebih baik, itu bagus. Jangan berazam benda bukan-bukan macam sudah la.

Berubah ke arah lebih baik

Kalau bagi aku, sebenarnya aku tak suka berazam ni. Sebab dah tau takkan tercapai punya. I’m just a simple minded beings. Tak nak serabutkan kepala on the petty stuffs..


Dan malam ni jugak, akan berduyun-duyun la manusia berkumpul beramai-ramai sambil mengira detik pukul 12. Lepas tu bersorak ramai-ramai dah macam apa dah. Aku takde masalah pun dengan korang nak berkumpul ramai-ramai. Pergi la, takde orang marah. Aku pun pernah keluar masa malam tahun baru tapi sekadar nak tengok gelagat manusia jer la. Best kot tengok orang ni..hehe..

Gambar hiasan

Tapi yang jadi masalahnya ialah bila bulan 9 tahun depan, akan penuh la hospital dengan perempuan nak bersalin. Surat khabar pun penuh dengan berita pasal buang anak jer. Kalau korang tak percaya, tengok la nanti bulan 9/2012 nanti. Penuh keyakinan aku kata ni.. Jangan ingat pakwe korang tu baik sangat. Di sebalik muka jambu, macho, hensem pakwe korang tu, tersembunyi seekor setan. Sebab apa aku kata camtu? Sebab kalau dia baik, takdenya dia nak ajak korang keluar lewat malam pergi tempat camtu. Tapi kalau korang nak pergi jugak, pergi la. Takde kena mengena dengan aku pun..heh

Muka depan akhbar 9 bulan lagi

Aku pun malas nak nasihat lebih-lebih sebab dah ramai pun orang bagi nasihat. Nasihat yang sama jugak pun.  Jangan balik lewat, jangan duk tempat sunyi, jangan itu, jangan ini..Agaknya orang pun dah naik muak dengar benda yang sama. Korang ada otak, ada akal, so lu pikirlah sendiri.


Akhir kata dari aku, jom kita ke Countdown 2012..Dekat jer ni dengan Dataran Merdeka tu. Artis pun ramai datang. Free pulak tu..


Wokeh,ciossu!


p/s: ni entry aku paling pendek kot setakat ni..

Friday, 30 December 2011

Kenapa dengan malam Jumaat?


Assalamualaikum wbt…


Dalam entry aku yang lepas, ramai yang mengatakan aku menulis entry agak panjang termasuk si pemilik blog ni. Panjang sangat ke? Takde la panjang sangat pun aku rasa kalau dibandingkan dengan novel-novel cinta yang korang selalu baca tu. Boleh pulak korang habiskan yer? Siap cakap tak puas lagi tu.Korang baca novel Tingkatan 5 pun lagi panjang tau, setahun baru habis baca kan?..haha.. Untuk rekod, aku dulu baca novel Konserto Terakhir dan  aku rasa cerita dia best. Aku tak tau la korang camne kan..



Ok, cukup la dengan mukadimah tu. Kita terus pada isi utama pada entry kali ni. Untuk kali ni, aku nak cerita pasal malam Jumaat. Baru la kena dengan hari ni. Malam ni kan malam Jumaat, so memang patut la aku bercerita tentang beliau. Aku dapat idea ni pun dari sorang member. Tengah sedap-sedap borak tiba-tiba kuar pasal malam jumaat. *jangan tanya kitorang borak pasal apa..hehe*


Orang selalu cakap kalau malam Jumaat nak tidur awal, balik awal la, makan awal la,ape la. Eh,apahal pulak nak kena tidur awal kan? Tak muda la tidur awal. Malam masih muda maa..Ada sapa-sapa tau apa reason dia kena tidur awal? Aku serius blur ni..hehe..Aku saja jer nak test korang. Korang ni kalau tak fikir sampai ke situ mesti tak sah kan? Isk isk isk..kekuningan betul otak korang ni. Nasib baik aku tak fikir camtu.



Kalau cakap malam Jumaat, aku akan ingat pasal hantu. YES!! Makhluk tak berjasad yang suka bertenggek, melompat, berterbangan dan bergolek tu. Kenapa hantu suka sangat keluar malam Jumaat ni? Serius aku pun tak tau. Kalau korang tau, jangan segan-segan la bagitau aku pulak.Tapi mungkin jugak la sebab esoknya kan cuti, so dorang pun keluar la nak together gather. Terserempak la pulak dengan korang yang nak keluar pergi dating, so sama-sama terkejut and sama-sama lari. Haha..bapak mengarut gila teori aku. Siapa nak percaya?



Kalau korang ingat pada entri Nia yang INI, *sila klik kalau tak ingat..kalau ingat tak payah* dia cakap salah satu sebab tak nak masuk asrama sebab banyak hantu. Kalau korang nak tau, aku salah sorang penghuni tetap asrama. Sejak aku form 1 sampai la aku form 5 and ke peringkat seterusnya pulak. Heh.. Well, betul la apa si Nia cakap tu. Memang kat asrama banyak hantu pun. Sila la interview sapa-sapa yang pernah duk asrama, mesti pernah kena or pernah dengar. Setakat jumpa kucing hitam boleh hilang and bunyi-bunyi pelik tu biasa la. TAPI..ha, ada tapi pulak. Tahukah korang, selalunya yang kena ganggu ni adalah kaum perempuan?

kucing hitam yang misteri


Kalau dekat tempat aku belajar dulu, asrama perempuan selalu kena ganggu. So pihak pengurusan tukar asrama lelaki jadikan asrama perempuan and asrama perempuan pulak jadi asrama lelaki. Tapi lepas tu, asrama perempuan yang asalnya asrama lelaki tu pulak berhantu. Asrama perempuan yang mula-mula tadi ni dah takde gangguan sangat. Eh, dengan hantu-hantu sekali pun budak-budak ni angkut pindah ek? Sayang betul hantu tu dengan dorang..haha..Kenapakah ini berlaku?


“Yela, perempuan kan lemah semangat. Memang la selalu kena”


Hohoho… Don’t give me that stereotype, typical and lame excuse la.


Lelaki pun ada jugak yang lemah semangat tapi indeks taburan kekerapan kena kacau takde la tinggi sangat. Bagi aku, semua ni sebab sikap jer sebenarnya. Kalau dah tengah malam duk melalak nyanyi lagu Stacy, memang ada la yang ajak berduet sama-sama. Mana tahan tengok ko nyanyi sorang-sorang beb. Kalau sedap takpe la jugak kan..ni sikit lagi nak sama dengan suara Mak Limah nyanyi lagu Enjit Semut..hehe.. Tu belum masuk lagi yang jenis suka mengilai dengan member-member. Kalau ko punya mengilai tu sikit jer lagi nak sama dengan hantu, memang la dia datang tengok kot-kot member dia ke kan yang mengilai.

Enjit-enjit semut..sapa sakit naik atas..

Yang jenis buang modestos merata-rata pulak lagi la. Memang sengaja la mengundang ‘mereka’. Tahukah korang yang hasil buangan korang ibarat makanan mewah bagi mereka? Korang buang merata-rata, ibarat menjemput mereka datang jamuan kahwin la. Macam mana aku tau apa perempuan buat di asrama tu?haha..usah ditanya..nanti korang pulak yang takut nak kawan dengan aku.


Oleh itu, aku nak nasihat la pada korang-korang yang masih duk asrama ni samada asrama sekolah or asrama universiti. Jaga la sikap korang tu. Jangan nak suka sangat lah..Kebersihan diri and sekeliling pun kena jaga sebab hantu suka pada perempuan busuk. Kami lelaki spesis manusia suka perempuan wangi jer. Hehe..


Ok lah, dah jadi panjang pulak entry aku kali ni. Lantak ah panjang pun..Malas la aku nak edit. Korang baca jelah sampai abis. Tapi kalau korang tengah baca ayat ni, maknanya korang dah baca sampai abis la kan?haha..


Akhir kata dari aku, jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri.hehe..




Wokeh, ciossu!


p/s: lepas baca entry ni, cuba la tengok kat luar tu kot ada yang mengintai..