Saturday, 31 March 2012

Tips ketika melakukan online banking


Assalamualaikum wbt…


Apa khabar semua readers sekalian? Sihatkah? Sakitkah? Kalau sakit, tak reti-reti ke nak makan ubat? Jangan nak harap sangat la pakwe/makwe korang datang nak pujuk makan ubat. Dia pun malas nak melayan. Sendiri sakit sendiri mau ingat la kan. haha.. Jahat giler ayat mukadimah. Yang sihat tu, bagus la. Maknanya anda mempunyai tubuh yang kuat.. Banyak minum Milo barangkali?



Tahukah korang bahawa baru ni si NIA owner blog ni telah kehilangan duitnya dalam akaun banknya? Banyak tu tak banyak sangat la tapi banyak jugak la *huh..ayat apa ni*. Tu tengah menangis sedih la tu sebab rancangan dia nak berholiday sempena dapat result SPM hancur berkecai.. haha.. Kesian dia kan? Korang pakat-pakat la derma sikit sorang kat dia nanti.. Kasi berbunga balik hati dia.



So, sempena kejadian ni, *macam celebrate la pulak..haha* aku nak bagi sedikit tips la untuk korang yang suka berbelanja dalam talian.. Dalam bahasa omputihnya, online purchase. Bila korang dah membeli secara online, semestinya pembayaran pun online kan? Pembayaran online contohnya menggunakan laman web bank seperti Maybank2u or CIMBClicks. Online banking namanya. Ni bank yang aku biasa gunakan la *untuk beli topup jer pun..hehe*. Kalau korang aku tak tau la. Untuk korang yang guna cara Cash On Delivery (COD) or bank-in duit, maka korang tak payah la baca. Buang masa jer sebab tips ni tak berkaitan dengan korang.. Tanpa membuang masa, jom kita tengok apa tips dari Bro Fahmi.



1)  Connection internet yang stabil



Dah namanya online banking, for sure la kena ada internet. Untuk korang yang menggunakan Streamyx or Unifi, takde masalah rasanya untuk korang. Tapi untuk yang menggunakan ‘berukben’ a.k.a broadband, anda kena hati-hati sikit la.Macam korang sedia maklum *peh..ayat..*, line berukben ni macam beruk la sikit-sikit kan. Perkara biasa la kalau internet tiba-tiba putus tengah jalan. Kena pulak masa tu tengah step untuk approve payment, silap-silap dia tolak double pulak sebab korang repeat transaction lepas reconnect internet tu. Ada sesetengah bank macam Maybank akan automatically log out kalau internet putus, so selamat la sikit. But things just happens sometimes, so, hati-hati..



2) Jangan klik link yang mencurigakan



Ok, yang ni ramai yang terkena. Bila nak beli apa-apa, dia suruh klik link yang kononnya akan redirect kita ke banking site. JANGAN KLIK LINK ITU!! Most likely it’s a bogus.. Kalau nak masuk ke web bank, pastikan korang taip sendiri kat address bar. Sebabnya cara ni banyak hackers yang guna, teknik yang di panggil phishing *sebut fishing* untuk dapatkan password dan username korang. Kalau korang jenis yang malas nak menaip dan suka terus klik link jer, korang la mangsa yang berpotensi untuk ditipu. Suka kerja senangkan.. Hackers suka orang macam ni. Betul tak hackers sekalian?hehe..



3) Periksa address bar



Susulan kepada point no 2 tadi, kalau korang masih lagi gatal nak meng’click’ link tersebut, haruslah korang check address bar dia. Untuk yang taip sendiri pun patut check jugak kalau ada typo.. Mungkin korang tergolong spesis yang menganggap typo itu seni. Seni la sangatkan sampai hilang duit?hehe.. Link bank yang tulen dan selamat haruslah ada tiga benda ni.

  • Lambang mangga
  • Link yang berwarna hijau
  • Logo bank

Contoh address bar pada Internet Explorer
Contoh address bar pada Google Chrome


4) Gunakan virtual keyboard


Yang ni lebih kepada prevention step jer. Tak nak buat pun takpe. Kalau nak lebih secure, korang boleh gunakan virtual keyboard/on-screen keyboard untuk taip username dan password korang. Korang boleh search dekat PC or laptop ada benda alah ni. Tujuan dia untuk mengelakkan software keylogger yang boleh mencuri password dan username korang dengan merekod apa yang korang taip dekat keyboard tu. Klik sini untuk tau lebih lanjut. Aku malas nak cerita.. Panjang sangat.



5) Pastikan PC/laptop bebas virus



Last sekali, back to basic. Perkara paling penting bagi pengguna PC/laptop ialah pastikan kesihatan PC/laptop anda. Pastikan korang ada antivirus yang up to date, yang dipercayai dan rajinkan la diri anda untuk buat full scan. Dalam korang duk sibuk ber’blog’,ber’facebook’, bermacam-macam lagi, ada virus tersembunyi yang masuk ke system korang tanpa korang sedar. Itu belum masuk spyware, malware, Tupperware dan macam-macam ware lagi. So, beringatlah ye..



Kalau nak listkan semua,memang banyak la kan.Aku bagi yang mudah jela.. Sebabnya aku malas nak explain banyak-banyak. hehe.. Sekarang ni, bank pun dah banyak buat penambahbaikan *ayat baru disitu* supaya lebih selamat.  Ada TAC and siap inform kat handset bagai kalau ada transfer duit or beli apa-apa. Boleh la korang gunakan tanpa was-was kan.. So, that’s conclude our lessons for today. Class dismissed.





Ciossu!



p/s: Aku tertinggal step yang ke-6, bagi aku simpan..confirm selamat.

17 comments:

mieraahajis said...

wow! tips yg berguna. thanks for sharing this tips :)

atiqa aris said...

tips berguna.keep it up:)

nurul_diya m. nor al-haj said...

tengs tipnya ya...

nurul_diya m. nor al-haj said...

tengs tipnya ya...

shahsyaz said...

sy seorg yg suke bank in, lebih selamat, mcm mne mia bleh ilg duit tuh???? curiga

Myra Jay said...

TQ sharing...

Aida Omar said...

sia nia duit dia hilang..

bagus entry nie fahmi, terang lagi jelas untuk yang kurang mengetahuinya..

*nak tolong jawab soalan hacker suka org macam nie kan? a'ah hacker suka giler orang2 yang malas semak address bar dia :p

CekbOlat-bOlat said...

wawww..

tirahzairi said...

cepat ler update tayunk oii...hehe

suzie rahman said...

salam aii nia.. org klu kte klu tgk on9 mybnk2u or smting like tht jgn bka sosial network spt fb dlm tab yg sma..skdr perkongsian.:)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Peringatan yang berguna tu...

Thanks for sharing

NR said...

wuu dats y takot nak beli online~

~cik atin~ said...

baeklah. baeklah :D

Selendang Merah said...

Tip yg sgt berguna lepas nie sm amaikan..hehe

Anonymous said...

kalo nak lagi selamat gune la linux.. lebih secure dari winblows :P ..kalo nak secure lagi,belajar sekuriti..

Aujinz said...

peringatan yang berguna, thanks for sharing..


dan lagi satu, pastikan address bermula dengan https:// bukan http://. https:// menandakan link itu secure dan betul..

9n0L4 said...

very nice tips. selalu jugak buat online banking. byr bil. ;)