Assalamualaikum wbt..
Sebelum aku start,aku kasi warning
dulu..Contain explicit contents. Parental advisory, view on your own risks..Kenapa warning? Sila la baca sampai abis..haha
Tadi aku duk saja-saja buang masa baca surat
khabar, aku tertarik kat satu berita ni..Pasal isu semasa kot. So, aku pun
terfikir, memandangkan ramai yang baca blog si Nia ni perempuan, senang la aku
nak sampaikan mesej aku kat korang..haha..Camne aku tau? Senang jer beb. Sebab
ni kan blog perempuan, mesti la pembaca dia pun ramai perempuan. Aku jer jantan
sesat sesaje buat menyemak kat sini..haha..
Sebelum aku start membebel untuk kali ni,
korang tengok dulu printscreen di bawah ni.
![]() |
| Sila klik untuk tumbesaran yang sihat |
Dah tengok? Dah paham? Bagus..bagus..tak
perlu la aku nak ulas panjang-panjang nak fahamkan korang. Hehe..Tapi sebab lumrah aku suka mengexplain,maka aku explain la sikit.
Ni berita dalam surat khabar Metro hari ni. Dia cite pasal penduduk Malaysia ni yang makin lama makin kurang zuriat. Yela, dah kahwin lambat, anak pun tak ramai la kan. Tapi bukan pasal tu yang aku nak cakap. Aku cuma ambik screen shot sikit jer untuk entry aku kali ni. Kalau nak baca
berita penuh, korang boleh klik sini. Korang
tengok kat tempat yang aku highlightkan tu. Apa yang korang rasa berita ni cuba
sampaikan?
Fikir-fikir cepat……
Hurm, boleh tahan slow la korang ni…
Takpelah,biar aku jelah tolong fikirkan
untuk korang. Aku tau korang malas nak fikir tu. Duk depan komputer, otak pun
jadi malas kan? Benda dah ada depan mata, buat apa nak susah-susah fikir lagi. Hehe..
Takpe-takpe, tak kisah pun. Sebab tu la aku ada disini untuk menolong korang..
Okeh, enough with the crap..
Aku tak nak komen pasal umur perempuan
kahwin lambat. Aku lebih tertarik pada
sebab-sebab perempuan kahwin lambat. Macam yang pakcik menteri ni cakap la
kan,perempuan sekarang ni dah boleh hidup sendiri dan mengurangkan
kebergantungan kepada lelaki. Bagi aku ni tidak sihat la beb.. Sebab apa? Yela,
bila dah boleh hidup sendiri, makin bertambah la keegoan dalam diri mereka kan.
Nak-nak pulak kalau gaji besar, pangkat besar, kereta besar..FUHH!! menggunung
tinggi keegoan mereka. Kami kaum lelaki ni pun jadi takut la nak dekat.
Silap-silap, kena jeling jer nanti. Hahaha…Parah beb..So jadi la mereka andartu
or andalusia or whatever lah, pastu nak salahkan lelaki sebab tak tackle. Oh,please! Sape suruh jual mahal kan?Haha..
Dulu pun heboh kejap kat Facebook,
manusia-manusia duk share pasal jumlah hantaran kahwin ikut status pendidikan.
Dasat tul korang yer..siap ada kelas tersendiri tu. Macam mana kelas tersendiri
tu? Jom usha gambar kat bawah ni..
![]() |
| Sila klik untuk tumbesaran yang sihat |
Wah, ni sudah lebih!!
Sekarang ni paling koman pun perempuan ada
diploma weh. RM12000 bukan sikit woo..Tu tak campur ikut pendapatan isi rumah
lagi. Kalau couple dengan minah kaya, haru beb..Isk isk isk..Korang ni nak
kahwin dengan pakwe sebab duit or sebab sayang ni? Kesian la dia..Keje siang
malam nak kumpul duit. Pastu korang letak pula syarat camni. Pastu nak ada
kereta, rumah bagai..Tiap-tiap minggu ajak keluar tengok wayang, jalan-jalan,
makan-makan. Si lelaki ni la jugak yang nak kena keluar duit. Kalau tak korang
cakap pulak tak gentleman..Huh, sampai bila la agaknya nak cukup duit tu ye?
Haih, ada-ada jer korang cipta alasan nak
bagi menang korang kan?
“Alah, suka hati aku la. Dia nak kat aku..Aku
kan lawa, hot,body solid macam kerengga, memang patut la aku dapat hantaran
tinggi-tinggi. Ko sebok kenapa? Jeles lettuw..haha”
Hahaha..memang aku suke menyibuk pun. Tapi
korang kena ingat jugak..Body yang solid pun akan kendur jugak. Yang mana tegang
jadi kedut, dari badan kerengga jadi badak air.haha..Lagi pun hot-hot korang tu
tak ke mana jugak. Hot korang tu tak boleh bagi laki korang makan time dia
lapar, hot korang tak boleh urut badan dia time penat, hot korang tak boleh
basuh baju dia bila kotor, hot korang tak boleh buat rumah bersepah jadi bersih. So apa yang hot sangat kalau tak boleh buat tu sume?
Bagi laki korang naik ‘hot’ ada la..haha..*sila tafsirkan sendiri maksud hot
itu..hehe*
So,apa kejadahnya semua ni? Untuk berbangga-bangga? Heh..
![]() |
| Apa kejadahnya semua ni? |
Aku rasa cukup la dulu untuk kali ni. Nanti
korang marah aku pulak bebel lama-lama. Tak pun ada yang butthurt nanti aku tak
nak tanggung. Tapi ada aku kisah ke?haha..dah jelas lagi warning kat mula-mula
entry tadi. Korang sendiri yang baca..
Akhir kata dari aku, jangan la disusahkan
perkara yang mudah.
Wokeh,ciossu!
p/s: u mad girls?haha..




10 comments:
zuriat3.
panjangnyeee entry .
pasal hantaran tue,rsenyer melampau sangat .hantaran bia lah berpatutan.kesian dekat lelaki klu hantaran mahal sangat.mau perempaun jadi anak dara tua.hehee ;p
amboiii..panjangna..:)
makin lama makin tinggi hantaran tu.. kalau macam nie x kawen dh kut..ahak2
bagus entri ni tapi panjang sikit la. wlubgmanapun saya baca sampai habis =)
pada saya, tak kisah sangat la. tak ikut sangat pada tangga tu, tapi mesti 10k. haha~
bagus entri ni tapi panjang sikit la. wlubgmanapun saya baca sampai habis =)
pada saya, tak kisah sangat la. tak ikut sangat pada tangga tu, tapi mesti 10k. haha~
haha..panjang ke?
karangan SPM wjib pnjg . ngeh3
laser nyer ayat dia . org tak dak la sampai nak hantaran tinggi2 . cukup la yang paling rendah . hantaran tinggi rumah tangga tak bahagia buat po ?
hoho..sendiri mau igt je la..;p
haha..yg paling rendah tu la paling baik.
Post a Comment